10 Kes Terbaharu Dan PKPP Dilanjutkan Sehingga Disember 2020

Harini ini mencatatkan 10 kes baharu jangkitan Covid-19 dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), setakat 12 tengah hari ini (29 Ogos 2020), sekali gus merekodkan 9,306 kes positif keseluruhan.


Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 10 kes baharu itu, lapan kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara iaitu satu warganegara Malaysia dan tujuh bukan warganegara.

Menurut beliau, lapan kes import itu membabitkan mereka yang baru pulang dari India (lima kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dua kes di Selangor) dan Filipina (satu kes di Sarawak).

Kes warganegara dikesan di Kedah adalah hasil daripada saringan bergejala manakala kes bukan warganegara dikesan di Selangor adalah kes saringan tahanan iaitu pendatang asing tanpa izin (Pati) dari Depot Tahanan Imigresen (DTI) Bukit Jalil.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 berkurangan kepada 151 kes dan mereka sudah diasingkan serta diberi rawatan di hospital, turut Dr. Noor Hisham.

Beliau juga berkata, sehingga kini, terdapat 8 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan enam daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Dr. Noor Hisham juga berkata, terdapat 36 kes pulih dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kes pulih meningkat kepada 9,030 kes.

Turutnya, tiada kes melibatkan kematian berkaitan jangkitan Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kes kematian kekal 125 kes iaitu 1.37 peratus daripada jumlah keseluruhan.

 

PKPP Dilanjutkan Sehingga 31 Disember 2020

PM pada sidang media hari ini mengumumkan untuk menyambung Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 1 September ini sehingga 31 Disember ini.

Keputusan itu diumumkan Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi perutusan khas yang disiarkan secara langsung di stesen televisyen, malam tadi.

Kerajaan masih memerlukan mekanisme undang-undang untuk meneruskan usaha mencegah dan mengawal penularan wabak Covid-19, turut beliau.

Tindakan penguatkuasaan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 atau Akta 342 masih boleh diambil, kerana pelanjutan tempoh PKPP.

Tindakan ini adalah untuk memastikan semua pihak mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dan protokol kesihatan yang ditetapkan.

Sumber : Harian Metro / twitter kkm

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*