100 Kes Baharu C0vid-19 Dicatatkan Hari Ini!

Jangkitan kes baharu Covid-19 yang dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) melonjak lagi dengan merekodkan 100 kes hari ini, menjadikan jumlah kumulatif 9,559 jangkitan wabak itu dalam negara, setakat 12 tengah hari.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 100 kes baharu yang dilaporkan, 85 kes adalah kes tempatan, manakala baki 15 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.

Beliau berkata, 85 kes penularan di dalam negara membabitkan 55 warga Malaysia dan 30 bukan warganegara.

“Sebahagian besar kes dilaporkan membabitkan Kluster Benteng di Sabah dengan 62 kes, iaitu 32 jangkitan membabitkan warga Malaysia, manakala 30 lagi bukan warganegara.

“Selain itu, 22 kes lagi membabitkan warga Malaysia dari Kluster Sungai di Kedah dan satu lagi kes dari kluster sama di Perlis,” katanya dalam sidang media harian Covid-19 di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, ada 12 kes pulih dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kes pulih meningkat kepada 9,136 kes.

Justeru, katanya, kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah sebanyak 295 kes dan mereka sudah diasingkan serta diberi rawatan di hospital.

“Ada tujuh kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan empat daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

“Tiada pertambahan kes kematian dilaporkan hari ini, justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia kekal 128 kes,” katanya.

Sumber : Harian Metro dan Twitter

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*