3 Orang Ahli Liberation Tigers Of Tamil Eelam Nak Bun0h KP Johor…!

Polis Johor akan bekerjasama dengan Polis Selangor untuk menjalankan siasatan terperinci bagi mengenalpasti tiga orang individu yang didakwa dari anggota Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE) yang mahu membunuh Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.

Ugutan itu diterima Ayob Khan dua minggu lalu menerusi satu panggilan telefon oleh orang awam kepada pegawainya.

Menurutnya, dari maklumat yang diterima ugutan itu dilakukan oleh tiga anggota LTTE warga tempatan yang berada di Selangor.

“Panggilan telefon itu mengatakan ada tiga orang anggota LTTE dari Selangor akan datang ke Johor untuk membunuh saya. Maklumat itu diberikan secara terperinci tiga anggota LTTE terbabit berserta alamat rumah mereka.

“Kita tengah buat siasatan dan siasatan sedang dijalankan. Kita juga meminta bantuan daripada Polis Selangor berhubung isu ugutan bunuh ini.

“Isu ugutan bukan isu baru bagi saya tetapi saya tidak akan ambil ringan sebarang isu ugutan sama ada kepada saya secara peribadi atau pegawai saya.

“Kita akan jalankan siasatan terperinci untuk kenalpasti suspek,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Sijil Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini hari ini.

Menurut Ayob Khan, motif ugutan bunuh tidak dapat dipastikan setakat ini.

Katanya, sejak menyandang jawatan Ketua Polis Johor pada Februari lalu, dia sudah tidak terbabit dalam isu keganasan.

“Saya tidak pasti berkaitan apa isu ugutan itu kerana saya sudah meninggalkan tugas Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti-pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman sejak menyandang jawatan Ketua Polis Johor pada Februari lalu.

“Saya tidak buat isu keganasan selepas itu, saya tidak pasti mengapa, adakah mungkin kerana LTTE akan dikeluarkan dari senarai pengganas oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN), itu juga tidak dapat dipastikan. Mungkin ada pihak tertentu cuba memanaskan kembali isu ini,” katanya.

Sumber : HMetro

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*