3 Wanita Disyaki Conteng Mural Muka Pemimpin Negara Dibebaskan

Berhubung kes conteng mural pemimpin negara dengan kata-kata kesat pada 20 Julai lalu, Polis Kontinjen Selangor mengesahkan tiga wanita warga tempatan dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan.

Datuk Noor Azam Jamaludin, Ketua Polis Selangor, bagaimanapun berkata, ketiga-tiga wanita warga tempatan itu dibebaskan semula kerana tiada bukti kukuh mereka terbabit dalam kes itu.

“Tiga minggu lalu, tiga wanita yang pada mulanya kita syaki terbabit dalam kes itu, tetapi apabila diambil keterangan, polis dapati mereka mempunyai alibi kukuh bahawa mereka tidak boleh disabitkan dengan jenayah itu.

“Kami masih bekerjasama dengan Bukit Aman dari segi teknikal untuk mengenal pasti mereka yang terbabit dalam kes itu, kami akan terus berusaha lagi,” kata Ketua Polis Selangor.

Pada pagi 20 Julai lalu, negara digemparkan dengan satu kes keji di mana mural gergasi pemimpin negara termasuk potret Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12 dekat Shah Alam, diconteng dengan kata-kata kesat.

Susulan itu, MBSA(Majlis Bandaraya Shah Alam) mengambil tindakan segera dengan memadamkan keseluruhan mural itu dengan mengecat semula.

Untuk mencari bukti, satu visual menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dua wanita dipercayai menjadi dalang yang merosakkan mural barisan pemimpin negara itu tersebar di media sosial.

Rakaman litar tertutup itu memaparkan sebuah kereta diletakkan di sebelah lorong lukisan mural berkenaan sebelum kelibat dua individu itu muncul melakukan vandalisme.

Sumber : Harian Metro

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*