6 Anggota Polis Bawa Lari RM1.6 Juta Tunai. KP Sentul Mengesahkan Kejadian…

Anggota polis seramai enam orang, dua daripadanya adalah pegawai kanan berpangkat Asisten Superintendan ditahan selepas melarikan wang tunai berjumlah RM1.6 juta milik warga China ketika melakukan serbuan di sebuah rumah di Jinjang, pada 12 November lalu.

Menurut sumber, semuanya bermula apabila pasukan daripada Bahagian Siasatan Jenayah Komersial dari salah satu Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di ibu kota itu mendapat maklumat berkaitan kes penipuan sebelum mereka melakukan serbuan di premis berkenaan.

“Ketika serbuan dilakukan pasukan polis itu menemui wang tunai sebelum merampasnya daripada warga China terbabit. Mereka melakukannya seperti serbuan biasa namun rampasan wang tunai RM1.6 juta itu tidak dilaporkan.

“Malah, warga China terbabit juga tidak ditahan dan pasukan polis terbabit dipercayai melarikan wang tunai milik mangsa,” katanya.

Sumber memberitahu, mangsa iaitu warga China terbabit yang mula mengesyaki dan tidak berpuas hati dengan perkara itu kemudiannya tampil membuat laporan polis, Selasa lalu.

Mengulas lanjut, susulan laporan dibuat mangsa, satu pasukan khas dari Cawangan Jenayah Berat (D9), Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur mula melakukan operasi khas dengan menahan anggota dan pegawai berkenaan.

“Beberapa siri serbuan dilakukan, polis berjaya menahan seorang pegawai kanan berpangkat Asisten Superintendan dipercayai ketua serbuan berkenaan dan beberapa anggota lain-lain pangkat.

“Polis juga menemui sebahagian wang tunai yang dilarikan pegawai dan anggota berkenaan di rumah masing-masing. Namun, jumlah penemuan semula wang yang dilarikan itu dilaporkan hanya RM500,000,” katanya.

Katanya, polis kini sedang mengesan saki-baki wang tunai yang dilarikan kumpulan polis terbabit.

“Semua anggota dan pegawai berkenaan kini masih ditahan bagi membantu siasatan,” katanya.

Sementera itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan siasatan berhubung kejadian sedang dijalankan.

Sumber : HMetro

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*