6 Laporan Polis Dibuat Terhadap Pendakwah Selebriti, Tahanan Reman Dilanjutkan.

6 laporan polis diterima setakat ini ke atas atas pendakwah selebriti yang ditahan polis berhubung siasatan kes dakwaan merogol gadis di Shah Alam minggu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Fadzil Ahmat berkata, tempoh reman suspek akan tamat esok namun disebabkan beberapa laporan polis yang baru diterima hari ini perintah reman akan dipohon bagi membantu siasatan.

Menurutnya, sehingga kini enam laporan polis diterima iaitu lima di daerah Shah Alam dan satu di daerah Petaling Jaya.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan (merogol), Seksyen 354 Kanun Keseksaan (mencabul), Seksyen 377C Kanun Keseksaan (melakukan seks luar tabii) dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan (mencederakan).

“Polis menyeru sekiranya ada mangsa mangsa lain agar jangan bimbang untuk tampil membuat laporan polis,” katanya.

Pendakwah selebriti terbabit sebelum ini ditahan polis bagi membantu siasatan kes dakwaan merogol seorang gadis, tahun lalu.

Suspek ditahan kira-kira 11 malam Khamis lalu, selepas tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.

Berdasarkan laporan mangsa berusia berusia 23 tahun itu, dia mendakwa diperkosa suspek yang mendakwa mahu membantu merawat gangguan emosi dialami pada September tahun lalu.

Difahamkan suspek pernah menyertai sebuah rancangan realiti keagamaan pada 2016 sebelum popular sebagai penyanyi dan pelakon.

Tahanan Reman Dilanjutkan Untuk Membantu Siasatan

Reman pendakwah selebriti yang ditahan berhubung dakwaan merogol seorang gadis dilanjutkan lima hari lagi hingga Ahad.

Perintah lanjutan reman yang bermula esok itu dikeluarkan Timbalan Pendaftar Ahmad Feisal Mohd Azmi, hari ini.

Terdahulu suspek berusia 25 tahun yang berbaju Melayu hijau tiba di mahkamah kira-kira 11 pagi dengan ditemani peguam.

Siasatan terhadap pendakwah selebriti itu dibuat mengikut Seksyen 376 ( rogol), 354 (cabul), 377 (seks luar tabii) dan 323 (mencederakan) Kanun Keseksaan.

Sementara itu, peguam Ahmad Amzar Ahmad Azlan yang mewakili suspek berkata, pihaknya akan mengambil tindakan berlandaskan lunas undang-undang bagi membuktikan anak guamnya tidak bersalah.

“Anak guam sedia memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa selain menafikan sebarang pertuduhan dan dakwaan yang dibuat oleh wanita berkenaan.

“Dia akan cuba membersihkan namanya mengikut peruntukan undang-undang,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan, polis menerima enam laporan ke atas pendakwah selebriti itu iaitu lima di daerah Shah Alam dan satu di daerah Petaling

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Fadzil Ahmat berkata, tempoh reman suspek akan tamat esok namun disebabkan beberapa laporan polis yang baru diterima maka, perintah lanjutan reman akan dipohon bagi membantu siasatan.

Suspek ditahan kira-kira 11 malam, 26 November lalu selepas tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.

Difahamkan suspek pernah menyertai sebuah rancangan realiti keagamaan pada 2016 sebelum popular sebagai penyanyi dan pelakon.

Sumber :HMetro

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*