9 Anggota Polis Dan 1 Orang Awam Ditahan Berkenaan Kes D4dah Dalam L0kap

Seramai 9 anggota polis dan seorang awam ditahan dipercayai terlibat dalam pengedaran dadah di dalam lokap di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi, 29 November lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, sembilan anggota polis berusia 20 hingga 36 tahun itu berpangkat koperal dan konstabel yang juga penjaga lokap IPD berkenaan.

Manakala orang awam yang ditahan adalah anak kepada tahanan dalam lokap berusia 23 tahun.

Ahad lalu, sejumlah dadah jenis syabu dan heroin dirampas daripada tahanan reman di lokap IPD Kota Tinggi.

Ujian air kencing yang dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) terhadap 129 tahanan reman di lokap terbabit turut mendapati 22 daripadanya adalah positif dadah.

Terdahulu

Sejumlah dadah jenis heroin dan syabu dirampas daripada tahanan reman di lokap IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Kota Tinggi dekat sini, Ahad lalu.

Ujian saringan air kencing yang dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) terhadap 129 tahanan reman di lokap terbabit turut mendapati 22 daripadanya adalah positif dadah.

Sumber berkata, empat anggota polis bertugas menjaga lokap itu turut menjalani ujian saringan air kencing dan mendapati seorang daripadanya positif dadah methamphetamine.

Menurut sumber lagi, dipercayai anggota polis yang positif dadah itu turut membawa masuk bekalan dadah ke dalam lokap IPD Kota Tinggi.

“Malah siasatan yang dilakukan mendedahkan terdapat dua lagi anggota polis terbabit dalam membantu tahanan reman membawa masuk dadah dan tembakau ke dalam lokap polis.

“Usaha sedang dilakukan bagi mengesan dua anggota polis berkenaan dan siasatan lanjut sedang dilakukan,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Kamarulzaman Mamat berkata, tiada anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terlepas daripada tindakan jika didapati terbabit dalam penyeludupan dadah di lokap.

Katanya, tindakan tegas akan diambil tanpa pilih kasih kepada anggota dan pegawai terbabit.

Menurutnya, sebelum ini Bukit Aman sudah mengambil tindakan tegas ke atas anggota dan pegawai yang terbabit dengan sindiket pengedaran dadah seperti yang berlaku di Langkawi, Kedah.

“Kita akan menjalankan ujian saringan air kencing ke atas tahanan lokap melebihi seminggu untuk mengesan jika ada dadah bolos di bawa masuk ke dalam lokap.

“Kita akan cari punca bagaimana dadah boleh masuk dalam lokap. Tidak kira mana-mana balai pun,” katanya.

Kamarulzaman ditemui selepas program perasmian Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara yang disempurnakan oleh Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Datuk Seri Zulkifli Abdullah.

Kamarulzaman berkata, siasatan terperinci akan dilakukan berhubung perkara itu termasuk mengenal pasti dalang utama.

Katanya, beliau percaya berlaku penyeludupan dadah ke dalam lokap membabitkan pihak yang mengambil kesempatan terhadap penagih dadah yang ditahan.

“Mereka menggunakan ruang yang lopong untuk mengambil kesempatan dan keuntungan. Kita akan siasat secara menyeluruh perkara ini,” katanya.

Sumber : HMetro

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*