919 Kes Covid 19, Bimbang Kes Masih Tidak Kurang, Apa Tindakan Kerajaan Dan Rakyat?

919 kes baharu dilaporkan semalam menjadikan keseluruhan kes positif Covid-19 di negara ini berjumlah 43,791 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 sebanyak 11,419 kes.

Menurutnya, Sabah mencatatkan 319 kes daripada keseluruhan kes hari ini, manakala Lembah Klang (224) dan Negeri Sembilan (240), Pulau Pinang (63), Sarawak (8), Perak (9), Johor (8), Melaka (8), Kedah (3) dan Kelantan (2).

“Sebanyak 13 kes yang dilaporkan adalah berkaitan kluster di Pusat Tahanan Sementara (PTS) dan penjara iaitu Kluster Penjara Seberang Perai serta Kluster PTS Tawau.

“Daripada jumlah kes baharu hari ini, terdapat tiga kes import membabitkan dua warganegara dan satu bukan warganegara yang mendapat jangkitan dari Indonesia, Nigeria, Arab Saudi,” katanya dalam sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 996 kes pulih pula yang dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes pulih adalah 32,069 kes atau 73.2 peratus daripada keseluruhan kes.

Selain itu, katanya, terdapat 92 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 35 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Menurutnya, satu kematian berkaitan jangkitan Covid-19 dilaporkan ke Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC) Kebangsaan setakat 12 tengah hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian bertambah 303 kes.

Kes kematian ke-303 (kes ke-42,012) itu membabitkan lelaki bukan warganegara berusia 66 tahun yang dilaporkan meninggal dunia di Hospital Tawau.

Sumber : HMetro Dan Twitter

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*