Ada Yang Suruh Naikkan Kompaun Sehingga RM10 000. JPM Sedang Meneliti Cadangan Pindaan Akta 342

Untuk menaikkan kadar kompaun ke atas mereka yang ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), Jabatan Perdana Menteri (JPM) sedang meneliti cadangan pindaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) berkata, sekiranya kajian yang dibuat membolehkan pindaan itu berlaku, maka ia akan dibawa ke Parlimen untuk diluluskan sebelum diumum dan dilaksanakan.

“Kita sudah serah kepada JPM untuk meneliti dan berbincang dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Jika ada perubahan, ia akan diumum nanti,” katanya pada sidang media harian mengenai perintah kawalan pergerakan susulan Covid-19, hari ini.

Mengulas lanjut, Ismail berkata, ia memerlukan tempoh lama sebelum dikuatkuasakan kerana perlu meminda akta. Pelbagai pihak memberi pandangan mengenai kenaikan kadar kompaun termasuk sehingga RM10,000.

Katanya, Akta Tafsiran 1948/1967 juga perlu disemak dan dipinda jika mahu menambah nilai kompaun dalam Akta 342 kerana had maksimum ditetapkan hanya RM1,000.

“Semua ini yang sedang diteliti dan dalam kajian,” katanya.

Sebelum ini, KKM dilapor bersedia meminda Akta 342 untuk menaikkan kadar kompaun pada sesi Dewan Rakyat, November ini.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba turut dilaporkan berkata, pihaknya akan membawa perkara itu ke Kabinet bagi dibincangkan terutama behubung kadar kompaun yang bersesuaian.

Katanya, Kementerian Kesihatan juga mahu mendapatkan maklum balas pelbagai pihak terutama rakyat sebelum ketetapan mengenai kenaikan kompaun itu dimuktamadkan.

Sumber : Harian Metro

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*