Adun DAP Soal Bagaimana Rina Mampu Lunas Hutang RM1Juta, Sedangkan…

Seorang Adun DAP baru-baru ini dikatakan meminta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun untuk membuat penjelasan berhubung isu hutang miliknya.

Jenny Choy, adun Canning, telah meragui dan turut mempersoalkan sumber keewangan yang digunakan Rina untuk membayar hutang lebih sejuta ringgit, agar tidak diisytihar muflis.

Katanya, kekayaan Rina diragui berdasarkan perisytiharan aset yang dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang diterbitkan untuk tatapan umum.

Dilaporkan beliau telah melunaskan hutangnya kepada sebuah syarikat filem yang berpangkalan di Paris.

Dia sebelum ini telah diberikan notis kebankrapan untuk hutang berjumlah RM1,340,642.02.

Beliau harus jelaskan bagaimana beliau berjaya mengumpul kekayaan dan ada dana yang cukup untuk melunaskan hutang sebesar itu dalam jangka waktu 15 bulan?

Ini kerana data pengisytiharan aset (SPRM) menunjukkan bahawa asetnya yang terakhir ketika ia diterbitkan pada 20 November 2019 adalah berjumlah RM72,000, dengan pendapatannya RM34,004,48 sebulan. – Kata Jenny.

Jenny berkata, sekiranya pendapatan Rina tidak berubah sejak 2019, beliau sepatutnya perlu mengambil masa sekurang-kuranya 40 bulan untuk mengumpul dana itu tanpa membuat apa-apa perbelanjaan lain.

Malah, dia turut mempersoalkan sekiranya Rina sebenarnya telah membuat pernyataan palsu mengenai asetnya pada tahun 2019.

Sebagai menteri Kabinet dan penjawat awam, Rina berhutang penjelasan kepada rakyat. – Tambah Jenny.

Pada Selasa, Rina dilaporkan telah menyelesaikan hutangnya pada minggu lalu.

Untuk rekod, syarikat Sarl Novovision pernah menyaman Rina pada 8 November 2018 dan menuntut beliau untuk melunaskan hutang sebelum 31 Julai 2019.

Ia berkaitan beberapa filem, dokumentari dan rancangan komedi yang dijual kepada tiga syarikat, yang mana Rina menjadi pengarahnya.

Rina yang juga salah seorang pengarah syarikat Eurofine (M) Sdn Bhd, Fine Mobile Network Sdn Bhd dan Fine TV Network Sdn Bhd – yang kini telah ditutup, telah menerima Notis Kebangkrapan untuk hutang terhadap Sarl Novovision berjumlah RM1,340,642.02, setakat 17 November 2020.

Rina dan seorang lagi pengarah, Ida Rahayu Md Noor, pada Mei 2014 dilaporkan telah memeterai perjanjian jaminan dengan Sarl Novovision untuk secara peribadi dan bersama menanggung semua liabiliti syarikat.

Untuk makluman, ketiga-tiga syarikat itu telah pun ditutup antara Disember 2013 hingga Ogos 2015.

Kredit : The Star Via OHmedia

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*