ADUN Paloh Mengesahkan Dirinya Positif C0vid-19 Selepas Ujian Dilakukan

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh Sheikh Umar Bagharib Ali hari ini mengesahkan dirinya positif COVID-19.

Katanya, beliau telah menjalani ujian calitan di Pejabat Kesihatan Daerah Kluang pada 11.30 pagi semalam selepas mengalami lesu badan sebelum menerima keputusan ujian pada jam 5 petang tadi.

“Saya tidak demam cuma badan rasa tidak berapa sedap, selepas itu lidah tiada deria rasa. Saya dapat tahu keputusan 5 petang tadi.

“Setakat ini, saya masih di rumah dan menunggu arahan seterusnya daripada doktor,” katanya ketika dihubungi malam ini.

Terdahulu, Sheikh Umar berkongsi berita mengenai perkara itu menerusi hantaran di Facebook serta memohon doa daripada orang ramai supaya kembali sihat.

Sumber : BHarian

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*