Akhirnya Cukai Peranti Vape Dan Flavour Vape Akan Dilaksanakan Pada 1 Januari 2021…

Jabatan Kastam Diraja Malaysia akan melaksanakan duti eksais terhadap barangan peranti rokok elektronik, bukan elektronik, cecair atau gel rokok elektronik dan cecair atau gel vape yang tidak bernikotin, bermula awal tahun depan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Abdul Latif Abdul Kadir, berkata, duti eksais akan dikenakan ketika pengimportan dan pelepasan daripada pengilang tempatan.

Menurut beliau, pengilang tempatan perlu dilesenkan di bawah Seksyen 20 Akta Eksais 1976 dengan bayaran lesen sebanyak RM4,800 setahun.

Katanya, bayaran lesen gudang pula adalah mengikut Seksyen 25 Akta Eksais 1976 sebanyak RM2,400 setahun.

“Pengilang tempatan perlu membuat permohonan lesen di JKDM Zon negeri lokasi premis kilang atau gudang terbabit berada sebelum 15 Disember ini,” katanya tadi.

Sewaktu pembentangan Belanjawan 2021 pada 6 November lalu, Menteri Kewangan, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Aziz dilaporkan berkata, duti eksais akan dikenakan terhadap peranti rokok elektronik, peranti rokok bukan elektronik dan cecair atau gel rokok elektronik termasuk cecair atau gel vape tanpa nikotin berkuatkuasa mulai 1 Januari 2021.

Duti eksais itu membabitkan peranti rokok elektronik bawah kod tarif 8543.70.9010 pada kadar 10 peratus ad valorem (mengikut nilai), peranti bukan elektronik bawah kod tarif 9614.00.9010 pada kadar 10 peratus ad valorem; dan cecair atau gel rokok elektronik dan cecair atau gel vape yang tidak bernikotin bawah kod tarif 3824.99.9920 pada kadar RM0.40/ml.

Abdul Latif berkata, dokumen yang perlu dibawa untuk tujuan pelesenan adalah surat permohonan lesen eksais dan borang JKDM nombor 1 yang lengkap diisi.

Katanya, pemohon juga perlu mengemukakan Sijil Pendaftaran Perniagaan atau Syarikat bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempatan untuk Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

“Selain itu mereka juga perlu mengemukakan pelan dan lukisan premis pengilangan; senarai bahan mentah; senarai barang siap; carta aliran proses pengilangan dan kapasiti pengeluaran bagi setahun.

“Pemohon juga perlu mengadakan pengakuan mengenai kandungan nikotin dalam cecair atau gel rokok elektronik yang ingin dipasarkan.

“Pemegang lesen juga dikehendaki mematuhi syarat-syarat pelesenan dan mengemukakan jaminan bank bagi menjamin keselamatan hasil duti atau cukai,” katanya.

Sumber : Harian Metro

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*