Akhirnya Misteri Ketukan Pintu Tanpa Salam Berhenti! Tapi Masih Tiada Jawapan Tentang Misteri Tersebut.

Selepas hampir 4 minggu gangguan yang menghantui penduduk di daerah ini, misteri ketukan pintu rumah pada waktu malam berakhir apabila tiada lagi kes terbaharu dilaporkan berlaku.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias ketika dihubungi, mengesahkan perkara itu.

Beliau berkata, pihaknya tetap melakukan kawalan rondaan di kampung dan taman perumahan meskipun gangguan itu telah berakhir.

“Kita juga menggalakkan penduduk supaya membuat rondaan di kawasan masing-masing bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku,” katanya kepada BH, hari ini.

Dalam pada itu, Agus Salim mengingatkan masyarakat agar tidak memperbesarkan lagi isu gangguan ketukan pintu misteri itu.

“Orang ramai diminta tidak menokok tambah perkara sedia ada selain menyebarkan maklumat tidak sahih hingga menimbulkan ketidaktenteraman kepada penduduk,” katanya.

BH sebelum ini melaporkan, penduduk daerah Sabak Bernam dilanda tanda-tanya dan ketakutan susulan gangguan ketukan pintu misteri yang berlaku sejak 18 November lalu.

Sumber : BHarian

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*