Akibat Buat Laporan Konon Dirogol, Kini Seorang Pelakon Youtube Wanita Berhadapan Tuduhan Laporan Palsu

Sejak kebelakangan ini, banyak kita dengar kisah mengenai kes r0gol, cabvl dan g4ngguan s3ksual melibatkan mereka yang dikenali ramai lebih-lebih lagi di media sosial.

Terbaru, seorang wanita yang juga merupakan seorang pelakon drama pendek di Youtube mendakwa bahawa dirinya menjadi mngsa r0g0l. Namun segala-galanya mula terdedah

Kota Bharu: Pelakon drama pendek di YouTube didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas dua pertu-duhan pem3rasan sehingga mendatangkan ket4kutan kepada seorang lelaki dan membuat laporan p4su mengenai kejadian r0gol, pada Disember lalu.

Tertuduh, Nor Hafizah Shamsuddin, 31, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Ibrahim Mohammad Ghulam.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan pemerasan kepada seorang lelaki berusia 29 tahun sehingga mendatangkan ketakutan sesuatu benc4na iaitu akan melaporkan kepada polis bahawa lelaki itu merogolnya.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah restoran nasi kukus di Taman Bendahara, Pengkalan Chepa di sini jam 3 petang pada 19 Disember tahun lalu.

Nor Hafizah didakwa mengikut Seksyen 385 Kanun Kes3ksaan yang memperuntukkan hu-kuman p3njara maksimum tujuh tahun atau d3nda atau s3bat atau mana-mana dua daripada h-ukuman itu jika sabit kes4lahan.

Bagi pertu-duhan kedua, tertu-duh didakwa memberikan maklumat p4lsu kepada anggota polis bahawa dia dir0gol oleh lelaki sama dan seorang lagi lelaki berusia 21 tahun dengan niat agar mereka dikenakan tind4kan.

Kesal4han itu dilakukan di kaunter Balai Polis Kubang Kerian jam 12.08 tengah malam pada 20 Disember lalu.

NOR Hafizah didakwa di Mahkamah Majistret.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 182 Kanun Kese3ksaan yang memperuntukkan huku-man p3njara sehingga enam bulan atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesa4lahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Sharifah Amirda Shasha Amir Shariffuddin manakala tertuduh diwakili peguam, Riduan Ismail.

Terdahulu, Sharifah Amirda Shasha memohon agar mahkamah menetapkan ikat jamin sebanyak RM5,000 untuk kedua-dua pertuduhan.

Riduan dalam rayuannya meminta jaminan yang minimum kerana anak guamnya seorang suri rumah selain perlu menjaga empat anak berusia 10, lapan, tiga dan dua tahun.

“Suami tertuduh juga hanya berniaga secara kecil-kecilan. Situasi ini amat membebankan anak guam saya lebih-lebih lagi negara kini berdepan dengan pen-ularan w4bak C0vid-19,” katanya.

Mahkamah membenarkan ikat jamin sebanyak RM2,500 untuk pertuduhan pertama dan RM1,000 bagi pertuduhan kedua masing-masing dengan seorang penjamin.

Mahkamah menetapkan 21 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Kredit : Trendingsangat

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*