Akibat melanggar Akta 446, 23 Majikan Didakwa Di Mahkamah.

Seramai 23 majikan didakwa di mahkamah kerana melanggar Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) sejak penguatkuasaaan, 1 September tahun lalu.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Awang Hashim berkata, tindakan itu diambil selepas kertas siasatan dibuka ke atas majikan berkenaan menerusi 100 operasi dilaksana di seluruh negara.

“Kementerian Sumber Manusia (KSM) melalui Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) melancarkan operasi bersepadu dalam memastikan semua majikan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam usaha memutuskan rantaian penularan wabak Covid-19 di tempat kerja mahupun penginapan.

“Melalui 100 operasi yang diadakan, seramai 23 majikan diambil tindakan pendakwaan serta kompaun kerana gagal mematuhi Akta 446.

“Ini berikutan pemeriksaan mendapati dari segi penginapan yang disediakan majikan, ia tidak mematuhi SOP dengan pekerja melebihi had yang ditetapkan dalam satu bilik selain tidak menitikberatkan perihal kebersihan,” katanya ditemui selepas operasi khas bagi memeriksa rumah penginapan pekerja asing di Bukit Tengah di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Awang berkata, ketika ini tahap pematuhan majikan dalam penyediaan penginapan mengikut peraturan berada kadar 80 peratus dan ia amat memuaskan.

“Harus diingatkan bahawa apa yang dilakukan ini bukan untuk mencari salah sesiapa, tetapi pandemik Covid-19 memerlukan tindakan agresif diambil dan kita mahu pastikan kluster perkilangan tidak menjadi pencetus wabak selain menjamin keselamatan semua,” katanya.

Terdahulu, 30 pegawai dan anggota JTKSM; Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP); Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Majlis Bandaraya Seberang Prai (MBSP) turut serta dalam operasi itu.

Selain pemeriksaan penginapan, ia juga untuk memastikan majikan melaksana ujian saringan Covid-19 ke atas pekerja mereka.

Sumber : HMetro

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*