Akibat Menggunakan Duit RM200k Yang Tersalah Masuk Ke Akaun, Suami Isteri Berhadapan Hukuman.

SEBERANG PERAI – Tindakan sepasang suami isteri mem­belanjakan hampir kesemua duit RM208,329 yang dimasukkan secara tidak sengaja ke dalam akaun mereka memakan diri apabila didakwa dengan 60 pertuduhan salah guna wang semalam.

Pemandu lori, Nor Hasni Edirin Hasan, 41, mengaku bersalah, manakala isterinya, Siti Hajar Hasan Basri, 36, membuat pe­ng4kuan sebaliknya di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Majistret Butterworth di sini, Foon Char Peng.

Mereka didakwa secara bersama melakukan sal4h guna wang berjumlah lebih RM191,312.70 milik Mandy Corporation Sdn. Bhd. pada Julai dan Ogos tahun lalu.


GAMBAR: MOHD. KHUZAIRI ISMAIL

Tert-uduh didakwa melakukan kes4lahan itu di beberapa buah bank di daerah Seberang Perai Utara di antara 4 Julai hingga 11 Ogos 2020 bagi kesemua 60 pert-uduhan.

Pasangan yang mempunyai seorang cahaya mata itu didakwa melakukan kes4lahan tersebut mengikut Seksyen 403 Kanun Kes3ksaan iaitu menyal4hgunakan harta secara curang yang memperuntukkan huk-uman p3njara enam bulan hingga lima tahu, s3batan dan d3nda.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norliza Ab. Aziz dan Asma’ ‘Amira Shahidan, manakala tertu-duh tidak diwakili peguam.

Mahkamah membenarkan tertuduh masing-masing diikat jamin sebanyak RM3,000 bagi setiap pertuduhan yang keseluruhannya berjumlah RM360,000 bagi kedua-duanya.

Pasangan itu dihantar ke P3njara R3man Pulau Pinang di George Town selepas gagal membayar jaminan.

Kes disebut semula pada 2 Februari depan.

Mengikut fakta kes, wang tersebut telah didepositkan pada 2 Julai 2020 oleh satu cawangan bank tempatan melalui cek kepada akaun Siti Hajar kerana kesilapan pada salah satu digit nombor akaun.

Wang itu sepatutnya didepositkan ke dalam satu akaun sebuah syarikat.

Difahamkan, wang itu digunakan untuk menyelesaikan hutang rumah teres setingkat milik mereka di Port Dickson, Negeri Sembilan, manakala bakinya di­belanjakan bagi perkara lain.

Pihak bank hanya mengetahui wang itu tersalah masuk ke dalam akaun tertuduh pada 11 Ogos 2020 lalu menghubungi mereka, namun tidak mendapat kerjasama sebelum membuat lap0ran polis.

Rumah berkenaan kini disita mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang H4arm.


4 Langkah Untuk Dapatkan Wang Anda Kembali Jika Tersilap Transfer Akaun Orang Lain

“Alamak.. tersalah transfer duit..nak buat macam mana ni..”

Pernah tak tersalah tranfer duit kepada orang yang tak dikenali? Memang nampak remeh tapi, kes tersalah transfer duit memang kerapkali berlaku tanda sedar. Jika ia terjadi pada anda, jangan risau dan mula bertindak. Ini 4 langkah jika anda tersalah pindahkan wang ke dalam akaun orang lain.

1.LAPORKAN KEPADA POLIS

Setelah anda sedar tersalah pindahkan wang, pastikan anda buat laporan polis. Sangat penting untuk anda tulis selengkap-lengkapnya pada laporan itu. Laporkan bagaimana anda tersalah pindahkan, bila duit itu dipindahkan dan sebagainya.

2.BAWA LAPORAN POLIS KE BANK BERDEKATAN

Setelah lakukan laporan polis, bawa laporan itu kepada bank yang berdekatan. Terangkan perkara tersebut kepada pegawai bank yang bertugas. Jangan lupa minta tolong mereka untuk dapatkan kembali duit yang telah dipindahkan tersebut.

3.TUNGGU BANK HUBUNGI PEMILIK AKAUN & DAPATKAN PERSETUJUAN MEREKA

Bukan bermakna bila anda berhubung dengan bank anda akan terus dapatkan duit anda semula. Pihak bank mestilah hubungi pemilik akaun bank yang anda telah pindahkan wang. Oleh kerana ia berpunca dari anda tersalah transfer, jadi ia perlulah mendapat persetujuan mereka untuk dapatkan wang itu semula.

4.JIKA PEMILIK AKAUN TIDAK BERSETUJU

Jika pemilik akaun yang menerima wang itu tadi enggan bersetuju memulangkan wang, perkara terakhir yang anda perlu lakukan adalah bawa kes ini ke mahkamah. Jika amaun yang telah dipindah kurang dari RM5 000, anda perlulah lakukan fail ‘Small Claim Procedure‘ dan mahkamah majistret hanya boleh lakukan jika amaun itu tidak melebihi. Anda tak perlukan peguam di dalam mahkamah.

Manakala untuk yang melebihi RM5 000 pula, anda perlu gunakan perkhidmatan peguam untuk dapatkan semula duit anda.

Sumber: World Of Buzz
Kredit : Trendingsangat

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*