Anggota PGA Yang M4ut Dihayutkan Arus Sudah Dikenal Pasti. Berikut Adalah Identiti

Dua mangsa yang maut dihanyut arus deras di Sungai Melana, Long Kerangan, Khamis lalu sudah dikenal pasti.

Mangsa pertama adalah Sarjan Simon Laja, 47, dari Sungai Berangan Saratok.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail mengesahkan, mangsa anggota Batalion 12 Pasukan Gerakan Am (PGA) Miri dan ditemui, 2 petang semalam.

Menurutnya, mangsa kedua adalah pengawal keselamatan Sabah Sarawak Gas Pipeline (SSGP) Kem Layun yang hanya dikenali sebagai Sarjan Kemiang. Mayat Kemiang ditemui pada 2.30 petang, 1 kilometer dari lokasi mangsa pertama ditemui.

Difahamkan, pasukan penyiasat dalam identiti lengkap pengawal keselamatan itu.

“Gerakan mencari mangsa dibuat bersama enam anggota PGA dan 27 pekerja kem selepas dua daripada mangsa dibawa arus deras,” katanya.

Ketika kejadian kira-kira 8 malam Khamis lalu, pasukan terbabit dalam perjalanan pulang ke Kem Layun selepas menjalankan operasi rutin tugasan malam.

Mereka berehat di tebing Sungai Melana di Long Kerangan sebelum dilanda kepala air menyebabkan kesemua mereka dihanyutkan arus deras.

“Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi dua lagi anggota pasukan apabila kedua-dua mereka dibawa arus deras mata air,” tambahnya.

Difahamkan bahawa mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Miri bagi tujuan pemeriksaan serta bedah siasat.

Sumber : HMetro

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*