Anggota Polis Wanita Berdepan Dua Pertuduhan Rasuah, Terima RM3000 Untuk Hentikan Siasatan

Anggota polis wanita berusia 42 tahun berdepan dua pertuduhan rasuah dan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan terbabit di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Tertuduh, Sarjan Nora Alun, dituduh mengambil rasuah sebagai dorongan tidak meneruskan siasatan membabitkan seorang lelaki yang ditangkap kerana melakukan kesalahan mencuri awal tahun ini.

Tertuduh yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan kesalahan pada 13 Februari lalu di Restoran Taufik, Inanam, dengan bersetuju menerima wang tunai RM3,000 daripada Mohd Saiful Jamil sebagai dorongan untuk tidak meneruskan siasatan terhadapnya.

Mohd Saiful sebelum itu ditahan kerana melakukan kesalahan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa menerima suapan wang tunai berjumlah RM3,000 pada 17 Februari tahun ini, di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Kota Kinabalu juga daripada Mohd Saiful untuk tujuan yang sama.

Kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun serta denda tidak kurang lima kali nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana yang lebih tinggi.

Mahkamah turut membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan deposit RM8,000 dan seorang penjamin tempatan.

Selain itu, tertuduh turut diarahkan melaporkan diri di pejabat SPRM Kota Kinabalu sekali setiap dua bulan dan menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM Clementine Severinus manakala tertuduh diwakili peguam Zahir Shah dan sebutan semula kes pada 19 Januari ini.

Sumber : HMetro

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*