Apple Buat Kejutan, Lancarkan 4 Jenis Iphone 12. Ini Senarai Harga Di Malaysia Yang Pasti Buat Anda Terkejut

Apple menampilkan empat iPhone baharu menggunakan standard baharu yang bakal menjadi titik perubahan kepada teknologi tanpa wayar berkelajuan tinggi.

“Hari ini adalah permulaan era baharu bagi iPhone,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook, semasa strim pelancaran dari ibu pejabat syarikat itu di California.

“Ini adalah detik yang besar bagi kita semua. Kami benar-benar teruja. 5G akan membawa tahap baharu prestasi bagi muat turun dan muat naik, penstriman video berkualiti lebih tinggi, permainan lebih responsif, aktiviti masa sebenar dan banyak lagi.”

Model baharu termasuk iPhone 12 yang direka bentuk semula, pengganti kepada iPhone 11 terlaris yang dilancarkan tahun lalu, dengan paparan 6.1 inci pada harga bermula AS$799 (RM3,310) yang akan berada di pasaran 23 Oktober ini.

Model iPhone 12 mini lebih kecil dengan paparan 5.4 inci bermula AS$699 (RM2,900) akan berada di gedung pada 13 November ini.

Dengan penambahan lebih banyak ciri-ciri, iPhone 12 Pro akan dilancarkan bulan ini bermula AS$999 (RM4,100) manakala Pro Max sebesar 6.7 inci dari AS$1,099 (RM4,500) pada November.

Walau Bagaimanapun Inilah Harga Sebenar Di Malaysia Yang Apple Keluarkan

Telefon pintar baharu itu menawarkan penambahbaikan kepada sistem kamera dan reka bentuk semula yang menambah lebih banyak paparan dengan saiz keseluruhan lebih kecil.

Barisan baharu iPhone dijangka meningkatkan minat untuk menaik taraf telefon pintar bagi meraih manfaat daripada rangkaian lebih pantas.

Langkah Apple itu akan mencetuskan minat terhadap peranti 5G kerana rangkaian baharu dan pantas itu mula dilaksanakan secara perlahan-lahan di Amerika Syarikat (AS) serta negara lain seluruh dunia.

“Apple memacu banyak perubahan teknologi dalam industri dan iPhone 12 menyokong 5G bagi keempat-empat telefon yang berlainan,” kata penganalisis Techsponential, Avi Greengart.

Apple menyertai syarikat lain termasuk Samsung dan Huawei memperkenalkan telefon pintar mengambil manfaat daripada pertumbuhan 5G di seluruh dunia, yang akan membuka pasaran serta teknologi baharu.

Rangkaian 5G dianggap sebagai lonjakan besar dari segi jumlah dan kelajuatn data tanpa wayar, membolehkan kemajuan dicapai dalam kenderaan pemanduan sendiri, realiti maya, kesihatan terhubung dan banyak lagi memandangkan sensor serta pelayan berkomunikasi dengan segera.

Pertumbuhan 5G juga akan menjadi pemangkin untuk membangkitkan semula pasaran telefon pintar yang lemah.

Jualan keseluruhan telefon pintar merosot 16 peratus tahun ke tahun pada suku kedua lalu, menurut firma penyelidikan IDC.

Apple turut memperkenalkan versi baharu pembesar suara pintar HomePod setinggi hanya 3.3 inci.

HomePod mini, yang memberi respon kepada arahan suara dan memainkan muzik, akan bermula daripada AS$99 (RM410).

Sumber : AFP & Berita Harian

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*