Tentera Malaysia Diserang! Panglima ATM Sahkan Pasukannya Menerima Serangan Siber Hari Ini.

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan berlaku serangan siber terhadap rangkaian data milik pasukan itu.

Panglima ATM, Tan Sri Affendi Buang, berkata serangan siber itu bagaimanapun hanya membabitkan segmen tertentu dan gagal menjejaskan operasi portal sebenar.

“ATM memantau dan mempertingkatkan aspek keselamatan siber dari semasa ke semasa,” katanya. – BERNAMA

Berita lanjut menyusul

APA ITU SERANGAN SIBER?

Jenayah siber merupakan jenayah komputer yang baharu pada abad ini. Jenayah siber ini terdiri daripada unsur penipuan, kerosakan atau pengubahsuaian program atau data komputer, pencurian maklumat, penggodaman dan lain-lain. Kemunculan Internet sebagai alat komunikasi terkini menjanjikan satu wadah penyebaran maklumat yang memantapkan ilmu dan maklumat. Oleh sebab tiada siapa yang dapat mengawal perjalanan maklumat di dunia siber, berjuta-juta laman web telah dihidupkan. Bermacam-macam maklumat sama ada benar atau salah, idea, ideologi, propaganda dan tidak kurang juga pornografi disebarkan melalui Internet.

Pada masa yang sama, kebebasan maklumat yang dijanjikan oleh dunia siber ini menimbulkan rasa gerun bagi pihak pentadbiran sesetengah negara yang selama ini mahu mengongkong kebebasan bersuara, berfikir dan berpendapat penduduk mereka.

Klasifikasi Jenayah Siber

Kesemua peringkat penggunaan komputer adalah sentiasa berhadapan dengan aktiviti jenayah. Sama ada sebagai mangsa kepada jenayah atau peralatan bagi jenayah atau kedua-duanya. Operasi input, pemprosesan data, operasi output dan komunikasi data telah digunakan dengan teliti untuk tujuan yang tidak sihat. Jenis jenayah siber yang biasa kita dengar

  1. Penipuan
  2. Kerosakan atau pengubahsuaian keatas program atau data komputer.
  3. Kecurian maklumat.
  4. Capaian secara tidak sah keatas sistem
  5. Menyalin perisian secara tidah sah.
  6. Pengintipan
  7. Judi siber
  8. Skim cepat kaya
  9. Pornografi
  10. Penggodam atau “Hacker”
  11. Penyebaran virus

dan banyak lagi dan mungkin juga kita akan berhadapan dengan bentuk jenayah baru selaras dengan kepesatan pembangunan komputer .Isu yang ingin di bincangkan di sini bukanlah berkenaan bagaimana jenayah dilakukan tetapi mengapakah jenayah ini sukar dibendung. Antara beberapa faktor yang dikenal pasti ialah

  1. Sukar dikenalpasti siapakah penjenayahnya
  2. Kepentingan ekonomi
  3. Berbeza takrifan jenayah
  4. Kepentingan ketenteraan
  5. Sikap manusia “Human attitude”

Sumber : BHarian / Wiki

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*