ATM Tingkat Kesiapsiagaan, Baju Kalis Pelur4 Di Wajibkan.

ATM (Angkatan Tentera Malaysia) meningkatkan kesiapsiagaan di sepanjang sempadan negara susulan insiden anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) maut ditembak di Perlis, baru-baru ini.

Panglima 8 Briged, Brigedier Jeneral Zamsari Abu Hasan, berkata pihaknya mempergiatkan lagi rondaan di kawasan panas yang dikenal pasti selain menggunakan dron serta mengatur pengukuhan aktiviti risikan.

Katanya, setiap anggota tentera yang bertugas dikehendaki memakai helmet balistik dan jaket kalis peluru merangkumi anggota yang melakukan rondaan, pos pemerhati, pos pendengaran dan pengawal atau sentri.

“Setakat ini, seramai 275 anggota bertugas untuk Operasi Benteng, menjaga sempadan Malaysia-Thailand, selain satu pasukan khas di kem Pengkalan Chepa sentiasa bersedia jika diperlukan.

“Peningkatan kesiapsiagaan ini juga bagi memastikan misi dan tugas yang diberi oleh ATM dan Tentera Darat kepada pasukan operasi tidak dikompromi sama sekali,” katanya dalam sidang media selepas membuat lawatan Operasi Benteng oleh Batalion Keenam Rejimen Askar Melayu Diraja 6 (6 RAMD) di Pangkalan Haram Balai Polis, Lubok Stol, di sini, hari ini.

Zamsari berkata, trend kes penyeludupan juga semakin menurun di sepanjang Sungai Golok hasil kerjasama baik dan perkongsian maklumat dengan agensi keselamatan lain termasuk pemasangan kawat duri di beberapa kawasan panas.

Tambahnya, memandangkan sempadan kini bakal menghadapi musim banjir, setiap anggota dipastikan untuk sentiasa bersedia serta tidak meninggalkan pos masing-masing.

Sumber : BHarian

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*