Bantuan RM1000 Bagi Yang Layak, Dari JKM . Ini Dia Kelayakan Yang Akan Dapat…

Lebih Kurang 50,000 daripada 80,000 ibu tunggal berdaftar dengan Yayasan Pertubuhan Ibu Tunggal Kebangsaan Malaysia (PITKM) layak menerima RM1,000 sebulan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sekali gus dapat mampu meringankan bebanan golongan itu.

Pengerusi PITKM, Datuk Melati Ali, berkata golongan ibu tunggal di seluruh negara perlu diberi sokongan supaya mereka berdikari dan membina kehidupan lebih baik pada masa hadapan.

Katanya, keputusan kerajaan menaikkan kadar bayaran daripada RM1,000 sebulan, berbanding RM200 hingga RM300 sekarang juga dapat dimanfaatkan untuk meningkatkan kehidupan termasuk memulakan perniagaan.

“Saya percaya, ramai lagi ibu tunggal yang perlu dibantu. Walaupun mereka ini tidak berdaftar, namun tidak bermakna mereka ini senang atau mempunyai pendapatan tetap.

“Kadang-kadang mereka ini berada dalam kelompok yang tercicir dan mengharapkan bantuan tetapi tidak tahu ke mana harus pergi. Tanggungjawab pemimpin setempat mencari mereka, daftar kepada pihak seperti kami dan menyenangkan bantuan kepada mereka,” katanya

Beliau mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memberi jaminan, cadangan menaikkan kadar bantuan JKM kepada RM1,000 sebulan, berbanding RM200 hingga RM300 sekarang akan dilaksanakan segera.

Sebagai kerajaan yang prihatin, Muhyiddin akan memastikan golongan itu mempunyai hak dan peluang sama rata untuk menjalani kehidupan seperti anggota masyarakat yang lain.

Melati berkata, bantuan JKM itu dianggap berita gembira terutama kepada mereka yang dihimpit masalah kewangan ketika ini.

“Kami menyokong apa sahaja usaha yang dilakukan kerajaan untuk menjadikan kehidupan rakyat mereka lebih baik kerana ramai dalam kalangan golongan itu yang yang susah dan masih belum dibantu.

“Dengan peruntukan yang diberikan kerajaan ini, banyak yang boleh dilakukan mereka antaranya digunakan sebagai modal berniaga, membaiki rumah, membayar hutang dan sebagainya.

“Kerajaan yang baik adalah kerajaan yang prihatin terhadap nasib rakyatnya,” katanya.

Bagaimanapun, Melati berkata, agensi kumpulan pelaksana yang dipertanggungjawabkan kerajaan untuk meluluskan bantuan kepada rakyat juga digesa untuk memudahkan kelulusan setiap pemohon yang layak.

“Tanggungjawab anda adalah membantu golongan seperti ini bukan untuk tambahkan kesusahan mereka lagi. Bukan senang untuk orang yang susah ke tempat anda meminta bantuan, kadang-kala untuk sampai ke situ juga susah untuk digambarkan mereka, apatah lagi mahu dilakukan.

“Saya meminta dan merayu kumpulan pelaksana ini tolonglah mudahkan urusan mereka. Tidak kasihan pada mereka permohonan ditolak hanya kerana kekurangan pengesahan dokumen. Bantuan kerajaan ini adalah satu-satunya harapan untuk mereka meneruskan kehidupan yang ada,” katanya.

Presiden Persatuan Wanita dan Ibu Tunggal (Witus), Sheilla Tukimin pula berharap kerajaan turut memberi tumpuan kepada golongan M40 kerana sebilangan mereka juga ada yang ibu tunggal, selain ada yang terjejas sumber pendapatan.

Kata beliau, golongan M40 adalah kumpulan yang mempunyai pendapatan daripada pekerjaan atau perniagaan tetapi disebabkan pandemik COVID-19 ramai di antara mereka kini terumbang-ambing dan mengharapkan bantuan daripada kerajaan.

“Kami amat berterima kasih apabila Perdana Menteri mahu menaikkan bantuan JKM kepada RM1,000, namun amat berharap ia tidak hanya disalurkan kepada kumpulan B40 sahaja kerana M40 hari ini menerima nasib yang sama malah ada yang lagi teruk.

“Ibu tunggal yang terjejas yang sebelum ini menjalankan perniagaan ada yang menunggu masa untuk dihalau keluar rumah kerana tiada sumber pendapatan.

“Mereka ini tidak mempunyai bantuan lain selain Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang diberikan kerajaan berbanding kumpulan B40 yang dibantu JKM mahupun zakat setiap bulan,” katanya.

Sheilla menjelaskan, setiap hari beliau mendengar aduan daripada ibu tunggal tetapi tidak mampu membantu sepenuhnya kerana persatuan ini tidak mempunyai dana sedemikian untuk membantu.

“Kita sentiasa mengharapkan ahli-ahli kita bangkit dan berdikari tetapi dalam situasi hari ini, mereka ini perlu dibantu dan diberikan dana sekurang-kurangnya untuk meletakkan mereka ke landasan tepat.

“Jika mereka dihimpit dengan pelbagai masalah kewangan seperti tunggakan sewa rumah atau nak makan pun susah, macam mana mereka ada kekuatan untuk bangkit. Bantulah ibu tunggal ini sekurang-kurangnya untuk meringankan bebanan mereka,” katanya.

Witus berharap Perdana Menteri turun padang bagi mengadakan pertemuan dengan ibu tunggal bagi mendengar masalah yang dihadapi mereka hari ini.

Sumber : BHarian

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*