Bawak Geng G4duh Di Low Yat, 42 Ditahan, Ini Kata KP Dang Wangi

Seramai 42 individu ditahan selepas dipercayai terbabit dalam pergaduhan di hadapan Plaza Low Yat, Bukit Bintang, di sini, petang tadi.

Pergaduhan membabitkan sekumpulan lelaki itu dipercayai mempunyai kaitan dengan perebutan pelanggan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah mengesahkan kejadian berkenaan dan akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat.

“Sebaik menerima maklumat sepasukan polis dari Unit Rondaan Bermotosikal (URB), Unit Kereta Peronda (URB) dan Ketua Polis Balai Tun H S Lee, bergegas ke lokasi kejadian.

“Hasil tindakan awal kita sebaik tiba di lokasi kejadian, seramai 42 orang ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, untuk tindakan lanjut,” katanya.

Beliau berkata tindakan itu adalah bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini lebih buruk berlaku.

“Setakat ini siasatan awal sedang dilakukan dan satu kenyataan akan dikeluarkan dalam masa terdekat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu sumber memberitahu kejadian pergaduhan itu tidak mempunyai sebarang kaitan dengan pergaduhan antara kaum.

Sebaliknya, ia adalah membabitkan sekumpulan lelaki yang tidak berpuas hati akibat pelanggan mereka diambil oleh peniaga lain.

Bagaimanapun butiran perniagaan berkaitan pergaduhan itu tidak dinyatakan.

Terdahulu tular dua video yang menunjukkan sekumpulan lelaki bergaduh di hadapan Plaza Low Yat, di sini, petang tadi.

Sumber : BHarian & HMetro

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*