Berhati – Hati Benar Anak Tonton Kartun Di Telefon Pintar, Sekali Terbuka Video ‘Versi Dewasa’ Ni

Seiring dengan era teknologi sekarang, memang tak dinafikan ramai anak kecil yang terdedah dengan modern devices seperti smartphone walaupun baru berusia setahun jagung. Tengoklah, baby pun dah ada yang mempunyai Instagram sendiri.

Kalau diorang menangis, mak ayah terus hulur smartphone dan buka Youtube supaya diorang senyap. Ohmedia tak kata salah, tapi nak taknak kena pantau juga apa yang diorang tengok dekat situ. Macam satu kisah yang dikongsi oleh Norsila Kassim di Facebooknya, dia telah hadapi situasi yang sama baru-baru ini.

Menurut Norsila, dia dah memang on setting parental control dekat Youtube sebelum bagi anak-anak dia tengok. Dia juga dah link siap-siap Youtube tersebut pada televisyen rumah supaya senang dia nak pantau. Yelah, kalau bagi diorang pegang smartphone sendiri, bahaya jugak tak tahu diorang tengok apa.

Tengah busy sidai kain dekat luar, Norsila dengar si adik berebut remote TV dengan si kakak. Yang kakak marah adik sebab buka cartoon, yang si adik confirm lah menangis tak puas hati. Bila masuk rumah dan tengok dekat TV, rupa-rupanya diorang buka cartoon animasi Among Us, karakter yang popular dalam video game.

Ingatkan kartun biasa je. Sekali tengok, mak aii. Boleh gugur jantung.” – tulisnya.

Yelah, diorang bukannya tengok yang versi biasa, tapi versi orang dewasa. Tengok saje dari cara lukisan dan pemakaian cartoon tersebut. Bukan itu je, menurut Norsila, siap ada selit perbuatan dan bunyi-bunyi lucah lagi. Memang Norsila kecewa sangat lah sebab wujudnya cartoon-cartoon yang boleh rosakkan generasi muda sekarang.

“Ya Allah, ini kalau tak tahu tadi, memang dah meresap masuk dalam minda Iqi yang baru nak masuk 4 tahun. Mudah benar pihak musuh menjajah minda anak-anak kecil kita melalui cartoon. Tak dapat bayangkan apa akan jadi kalau diorang tengok Youtube guna handphone. Mujur sangatlah tak bagi.” – tambahnya.

Harapnya, kita dapatlah ambil pengajaran dari kisah yang dikongsi. Jangan manjakan sangat anak dan ikut je apa yang diorang nak. Kadang-kadang, memang kita kena bertegas dan pantau setiap perbuatan diorang. Tapi jangan pula terlalu mengongkong. Berpada-padalah, ini semua untuk kebaikan masa depan anak-anak kita juga.

Kredit: Facebook Norsila Kassim via ohmedia

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*