Berita Sedih Buat Penggemar Kamera Nikon, Nikon Malaysia Akan Berhenti Operasi.

Berita sedih buat penggemar dan jurufoto yang menggunakan kamera jenama Nikon. Nikon (Malaysia) Sdn Bhd akan menghentikan operasinya pada 1 Januari 2021 dengan hari terakhir beroperasi adalah 31 Disember 2020.

Syarikat itu dalam makluman di laman Facebook berkata, dalam tempoh peralihan berkenaan, ia akan beroperasi seperti biasa.

“Kami berharap anda memahami peralihan ini dan jika mahu berhubung dengan kami sepanjang tempoh ini, anda boleh melakukannya saluran sosial rasmi syarikat.

“Kami bersyukur di atas sokongan serta kesetiaan tidak berbelah bagi anda selama beberapa tahun ini, dan menjadi satu kebanggaan untuk memberikan perkhidmatan dalam bidang pengimejan dan industri metrologi di Malaysia,” katanya.

Bermula 1 Januari 2021, Futuromic Photo AV Sdn Bhd akan menjadi pengedar sah yang dilantik menjalankan perniagaan pengimejan Nikon merangkumi pemasaran, jualan dan perkhidmatan aktiviti selepas jualan produknya di negara ini.

Tapi jangan risau kerana QES (Asia Pacific) Sdn Bhd pula akan terus menjadi pengedar sah perniagaan industri metrologi.

Sumber : BHarian

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*