Berkenaan bekalan air, Agihan Air Oleh Air Selangor Sudah Mula Berperingkat.

LOJI Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang sudah mula beroperasi semula pada 10.30 malam tadi secara berperingkat.
Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Elina Baseri dalam kenyataannya pada 8 pagi ini berkata keempat-empat LRA ini mengambil masa selama 10 jam untuk aktiviti pencucian dan pengepaman di setiap bahagian dalam proses rawatan di LRA.

Menurutnya, ia bagi membolehkan operasi penuh berjalan dengan mengisi kolam imbangan sehingga ke paras 4 meter yang dijangka selesai pada 8.30 pagi ini sebelum ia dapat diagihkan kepada pengguna.

“Air Selangor akan memaklumkan jadual pemulihan bekalan air mengikut kawasan selepas sistem agihan bekalan air distabilkan terlebih dahulu.

“Ini termasuk memenuhkan semua tangki utama yang sudah kosong, memastikan air mencukupi dan memastikan air tiada ‘airlock’ dalam sistem perpaipan,” katanya.

Dalam kenyataannya, Air Selangor berkata pihaknya terus melaksanakan pelepasan air mentah dari Empangan Sungai Selangor sebanyak 500 juta liter sehari (JLH), Empangan Sungai Tinggi sebanyak 800 JLH, HORAS 600 sebanyak 150 JLH.

“Operasi pengepaman kolam air pula sebanyak 2,023 JLH untuk membantu proses pemulihan sumber air mentah bagi keempat-empat LRA yang kini sedang beroperasi merawat air dengan kapasiti maksimum sebanyak 2,850 JLH.

“Dalam pada itu, Air Selangor sudah mendapat bantuan sembilan lori tangki daripada operator air negeri lain seperti Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS), Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB), Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd (SADA) dan Syarikat Ranhill SAJ Sdn Bhd (SAJ) untuk membantu mengagihkan air kepada pengguna yang terjejas,” katanya.
Tambahnya, bantuan bekalan air kecemasan yang dilaksanakan oleh Air Selangor sehingga kini adalah menggerakkan 114 lori tangki termasuk sembilan dari operator negeri lain.

“Sebanyak 22 pili awam di kawasan yang mempunyai bekalan air, menempatkan 70 tangki statik di 19 Pusat Khidmat Setempat serta mengagihkan air minum lima liter kepada pengguna yang terjejas.
“Air Selangor akan mengemaskini maklumat gangguan bekalan air tidak berjadual dari semasa ke semasa menerusi semua medium komunikasi,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*