BPN Fasa 1, Pembayaran Akan Dibuat Pada Bulan Januari 2021, Ini Senarai Yang Rakyat Akan Dapat.

Pembayaran bagi fasa 1 BPN 2.0 telah bermula pada 26 Oktober lalu. Kini, penerima sedang menunggu pembayaran fasa 2.0.

Untuk pengetahuan anda, permohonan baru atau rayuan telah pun ditutup pada 1 November lalu. Kepada sesiapa yang belum membuat permohonan, dukacita dimaklumkan anda tidak boleh membuat permohonan baharu.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz

Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN 2.0) fasa kedua akan dibuat pada Januari 2021, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Beliau berkata, bayaran itu juga akan dibuat beserta dengan bayaran kepada permohonan baharu dan rayuan yang lulus.

“BPN 2.0 berjumlah RM7 bilion yang bertujuan meringankan beban 7.5 juta penerima B40 serta 3.1 juta penerima M40 melalui pemberian bantuan tunai secara ‘one-off’.

“Setakat ini, pembayaran fasa pertama sejumlah RM4.5 bilion berjaya disalurkan kepada lebih 9.86 juta penerima, merangkumi tujuh juta penerima daripada kategori B40 dan 2.86 juta penerima daripada kategori M40.

Anda akan menerima baki jumlah pembayaran, sila rujuk di bawah.

Isi Rumah B40 (RM 1000) – Fasa 1 RM 700

Manakala pada fasa 2 anda akan menerima RM 300

Isi Rumah M40 (RM 600) – Fasa 1 RM 400

Manakala pada fasa 2 anda akan menerima RM 200

Bujang B40 (RM 500) – Fasa 1 RM 350

Manakala pada fasa 2 anda akan menerima RM 150

Bujang M40 (RM 300) – Fasa 1 RM 200

Manakala pada fasa 2 anda akan menerima RM 100

“Bagi penerima BPN 2.0 yang tidak mempunyai akaun bank, penunaian mula disediakan di cawangan Bank Simpanan Nasional mulai 26 Oktober 2020,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan mengenai Laporan LAKSANA Ke-31 pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), hari ini.

Mengulas lanjut, Tengku Zafrul berkata, tempoh permohonan baharu serta rayuan BPN 2.0 pula telah berakhir pada 15 November lalu.

“Sehubungan itu, pembayaran fasa kedua beserta bayaran kepada permohonan baharu dan rayuan yang lulus akan dibuat dalam bulan Januari 2021,” katanya.

Sumber : BHARIAN ONLINE

Masih dalam proses

KUALA LUMPUR – Proses semakan permohonan baharu dan rayuan untuk Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN 2.0) sedang dijalankan dan pembayaran bagi mereka yang lulus akan dibuat dalam bulan Januari 2021, kata Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Kita Prihatin (Kita Prihatin), beliau berkata, setakat 4 Disember 2020, seramai 10.13 juta penerima telah mendapat manfaat daripada pembayaran fasa pertama BPN 2.0 melibatkan jumlah RM4.6 bilion, atau 97 peratus daripada RM4.8 bilion yang telah diluluskan bagi fasa pertama.

Proses pembayaran melalui BSN juga masih diteruskan sejak 26 Oktober lepas.

“Bagi Geran Khas Prihatin (GKP) 2.0, setakat 4 Disember, sejumlah RM856.9 juta telah berjaya dikreditkan ke dalam akaun 285,626 PKS Mikro yang telah diluluskan. Proses rayuan juga telah dibuka dari 7 Disember hingga 21 Disember lepas.

“Kesemua rayuan akan melalui proses semak silang antara Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Pihak Berkuasa Tempatan dan keputusan akan diumumkan dalam masa terdekat,” katanya dalam pembentangannya mengenai laporan Laksana Ke-34, laporan terakhir untuk 2020, melalui laman Facebook beliau pada Rabu.

Di bawah pakej Kita Prihatin untuk Program Subsidi Upah (PSU) 2.0, sebanyak RM239.73 juta telah disalurkan kepada 39,203 majikan untuk terus beroperasi dan mengekalkan penggajian bagi 307,420 pekerja.

“Majikan yang memerlukan PSU 2.0 masih boleh memohon sehingga 31 Disember ini,” kata Tengku Zafrul.

Pakej Kita Prihatin yang diumumkan pada September adalah bernilai RM10 bilion.

Tengku Zafrul berkata, laporan Laksana telah menjadi medium penting untuk mendapatkan maklum balas daripada rakyat mengenai cabaran yang dihadapi dan apabila digandingkan dengan data raya, kerajaan mampu menambah baik atau melanjutkan inisiatif tertentu.

“Contohnya, penambahan bagi Bantuan Prihatin Nasional daripada RM11.5 bilion kepada RM18 bilion, Geran Khas Prihatin daripada RM1.64 bilion kepada RM2.55 bilion, subsidi bil elektrik kepada lebih RM2 bilion, program subsidi upah daripada RM10 bilion kepada lebih RM17 bilion dan pelbagai lagi – semua ini adalah antara lain, hasil pemantauan berterusan dan maklum balas yang diterima daripada rakyat dan perniagaan,” katanya.

Katanya, inisiatif Prihatin dan Prihatin PKS Tambahan sudah mencapai kadar penyaluran sekitar 94 peratus bagi program jangka pendek seperti BPN dan GKP, diikuti pencapaian sekitar 89 peratus bagi program jangka sederhana seperti PSU dan skim pengekalan pekerjaan.

“Bagi program jangka panjang, kadar pengambilan masih rendah seperti program pembiayaan sekuriti makanan pada kadar 31 peratus dan ada yang tinggi seperti program pinjaman mikro kredit Tekun pada kadar 99.8 peratus.

“Bagi pakej Penjana, bantuan jangka pendek sudah mencapai penyaluran 76 peratus, diikuti pencapaian antara 77 peratus dan 90 peratus bagi bantuan jangka sederhana dan panjang,” katanya.

Menjelang 2021, Tengku Zafrul berkata, dalam negara terus berhadapan dengan situasi Covid-19, kerajaan telah menyediakan pelbagai bantuan, termasuk pakej Penjana dan Kita Prihatin yang masih berterusan serta inisiatif Belanjawan 2021 yang bakal dilaksanakan.

“Ini termasuk fasa kedua BPN 2.0 berjumlah RM2.2 bilion yang akan disalurkan pada Januari 2021, dan program i-Sinar KWSP,” katanya.

Selain itu, pelbagai program untuk golongan mudah terjejas, PKS dan perusahaan mikro, serta pekerja sambilan yang memerlukan pembiayaan juga telah dirancang di bawah Belanjawan 2021.

Bagi PKS, bantuan pembiayaan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) boleh diakses melalui laman web BNM. Bagi maklumat lanjut, boleh layari https://www.bnm.gov.my/o/covid-19/index_bm.html.

Tengku Zafrul berkata, kementeriannya akan terus memastikan pelaksanaan inisiatif yang berkesan untuk kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan dan ekonomi yang berdaya tahan.

“Agensi Laksana akan terus memantau 32 inisiatif di bawah pakej rangsangan ekonomi kerajaan yang masih diteruskan, bersama dengan sekurang-kurangnya 21 inisiatif di bawah belanjawan yang akan bermula seawal Januari 2021,” katanya. – Bernama

Kredit : trendingsangat

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*