Buka Kertas Siasatan Terhadap 3 Orang Pegawai Kanan Polis IPD Kota Tinggi

Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard IPK (Ibu Pejabat Polis Kontinjen) Johor membuka kertas siasatan tatatertib kepada tiga pegawai kanan polis Kota Tinggi, berhubung pengedaran dadah dalam lokap di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata selain tiga pegawai kanan terbabit, siasatan lanjut masih dijalankan sekiranya terdapat mana-mana pegawai atau anggota lain yang terbabit dalam kes terbabit.

“Saya tekankan sejak saya mengambil alih negeri ini, aspek penyeliaan, kalau Ketua Polis daerah tidak selia dengan betul inilah yang akan berlaku.

“Penyeliaan dan akauntibiliti, kita akan jalankan tindakan, siasatan rapi dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana Ketua Polis daerah, ketua jabatan yang tidak menyelia dan tiada akauntibiliti,” katanya pada sidang media di IPK Johor, di sini hari ini.

Ayob Khan berkata, arahan daripada Pengarah Narkotik Bukit Aman, setiap suspek yang ditahan selepas tujuh hari perlu dibuat saringan air kencing, bagaimanapun ia tidak dijalankan.

“Selepas dapat laporan, kita daripada IPK Johor turun, barulah mereka hendak buat ujian saringan air kencing.

“Kita lihat hasil siasatan, tapi dari aspek akauntibiliti dan penyeliaan itu memang tiada. Balai Kota Tinggi bawah IPD Kota Tinggi, kalau balai itu jauh dari IPD mungkin ada alasan, tetapi ini di bawah dagu dia,” katanya.

Tegas Ayob Khan, beliau tidak akan bertolak ansur mengenai isu penyeliaan.

“Dari awal saya cakap Ketua Polis daerah, Ketua Jabatan yang mana tidak bertanggungjawab ini, tiada integriti, tiada akauntibiliti dan tidak ada penyeliaan, saya akan ambil tindakan,” katanya.

Ayob Khan berkata, beliau tidak menolak kemungkinan mereka yang terbabit akan digantung tugas mengikut hasil siasatan.

“Mungkin kita tengok ada tindakan lebih tinggi itu buang kerja, ada tindakan lain juga selain tidak dibuang kerja,” katanya.

Sumber : HMetro

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*