Bunuh Diri Selepas Terbabit Kemalangan, Tapi Lain Pulak Jadi Apabila Polis Menjumpai Paket Dadah Dikaki

Kuala Lumpur: Polis menemui beberapa peket dadah diikat pada kaki seorang lelaki yang terjun dari jejambat lebuh raya dipercayai membunuh diri selepas terbabit kemalangan di Kerinchi Link, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Zairulnizam Mohd Zainuddin berkata, penemuan itu hasil pemeriksaan dilakukan ke atas mayat lelaki berusia 60 tahun terbabit selepas menerima maklumat kejadian.

Beliau berkata, sebelum itu polis menerima maklumat mengenai kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kerinchi Link pada 8.20 malam, yang mana seorang daripada pemandu bertindak terjun dari jejambat lebuh raya berkenaan.

“Siasatan awal mendapati lelaki itu panik apabila dikejar orang awam di satu lokasi lain. Kejadian berkenaan tular di media sosial dengan satu video menampakkan pemandu melawan arus dikejar beberapa penunggang motosikal.

“Dia kemudian memberhentikan kereta secara tiba-tiba di bahu jalan di Kerinchi Link menyebabkan sebuah Toyota Hilux melanggar belakang keretanya. Selepas pelanggaran berlaku lelaki itu keluar dan memanjat penghadang jalan lalu terjun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zairulnizam berkata, mayat lelaki itu dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat dan punca kematian adalah kecederaan serius di bahagian kepala dan terdapat beberapa paket dadah dijumpai diikat di kedua kaki.

Katanya, semakan mendapati lelaki itu mempunyai 24 rekod jenayah lampau membabitkan kes dadah, samun dan curi kenderaan selain tiga rekod dikehendaki polis.

Beliau memohon orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tampil menyalurkannya dengan menghubungi polis Daerah Brickfields di talian 03-22979222.

Terdahulu portal Harian Metro melaporkan, tindakan seorang lelaki yang dipercayai mahu membunuh diri memberhentikan keretanya di bahu jalan secara tiba-tiba di Kerinchi Link, di sini, menyebabkan berlaku kemalangan dengan kenderaan lain, semalam.

Sumber : Harian Metro

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*