Dah Boleh Rentas Negeri, Daerah Kecuali Kawasan PKPD. PKPB Di Selangor , KL Dilanjutkan.

Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor dilanjutkan sehingga 20 Disember kecuali di Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Hulu Selangor.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPB di Kuala Lumpur turut dilanjutkan sehingga 20 Disember ini.

“Bagi Putrajaya, PKPB ditamatkan pada 6 Disember (esok),” katanya dalam sidang media hari ini.

Beliau berkata, PKPB di Perak turut ditamatkan esok kecuali daerah Kinta, Mukim Teja dan Mukim Changkat Jong.

Menurutnya, PKPB di Kelantan turut ditamatkan esok kecuali daerah Kota Bharu, Pasir Mas, Machang dan Tanah Merah.

Dah Boleh Rentas Negeri

Rentas negeri dan daerah dibenarkan seluruh negara kecuali di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 7 Disember.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kuala Lumpur, Selangor dan Sabah dilanjutkan bermula 7 sehingga 20 Disember.

Beliau berkata, PKPB di Perak, Pulau Pinang, Kelantan, Putrajaya, Labuan, Negeri Sembilan pula ditamatkan bermula esok.

“Lanjutan dan penamatan PKPB itu berdasarkan penilaian risiko dilakukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam sidang media hari ini.

Menurutnya, di Selangor hanya tiga daerah ditamatkan PKPB iaitu Sabak Bernam, Hulu Selangor dan Kuala Selangor berdasarkan penilaian risiko dilakukan KKM.

Selain itu, di Negeri Sembilan hanya dua daerah dikenakan PKPB iaitu Seremban dan Port Dickson.

Sumber : HMetro

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*