Da’i Syed Akan Ditahan Polis PJ Pula. Dua Lagi Laporan R0gol Diterima Polis.

Polis daerah ini akan menahan pendakwah selebriti berhubung kes rogol dan cabul di sini, hari ini.

Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, berkata, pihaknya menjalankan siasatan terhadap individu berkenaan susulan dua laporan di daerah ini.

“Polis daerah Petaling Jaya akan memohon reman terhadap suspek esok bagi membantu siasatan terbabit,” katanya.

Pendakwah selebriti yang disyaki merogol seorang wanita, September tahun lalu ditahan di Shah Alam minggu lalu sebelum direman lima hari bagi membantu siasatan.

Polis menerima dua lagi laporan polis terhadap pendakwah selebriti berusia 25 tahun itu.

Laporan terbaharu diterima 6.28 petang 31 November lalu daripada guru berusia 22 tahun yang mendakwa dirogol suspek.

Kedua-dua laporan itu disiasat mengikut Seksyen 377C, Seksyen 354 dan Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Sumber : Hmetro

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*