Da’i Yang Sedang Hangat Dengan Kes R0g ol, Direman 5 Hari Bagi Membantu Siasatan

Seorang pendakwah selebriti yang didakwa merogol seorang wanita pada September tahun lalu di twitter, direman lima hari mulai hari ini.

Perintah reman terhadap suspek berusia 25 tahun yang juga bekas peserta rancangan realiti televisyen berbentuk keagamaan itu dikeluarkan oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah, Mohd Zamir Suhaimee.

Terdahulu, suspek yang memakai baju berwarna hijau itu hadir ke Kompleks Mahkamah Shah Alam pada 9.45 pagi.

Beliau diwakili peguam, Syed Amirul Syed Edrus.

Semalam, suspek ditahan kira-kira 11 malam selepas tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, suspek ditahan selepas mangsa membuat laporan membuat laporan polis mengenai kejadian berkenaan pada 7.18 malam tadi.

Suspek Ditahan

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, suspek ditahan selepas mangsa membuat laporan polis mengenai kejadian berkenaan jam 7.18 malam tadi.

“Berdasarkan laporan mangsa yang berusia berusia 23 tahun, dia dipercayai keluar dengan suspek yang dikenali menerusi Instagram kira-kira 8 malam, 11 September tahun lalu.

“Mangsa dikatakan menaiki kereta BMW untuk membuat perbincangan berkenaan masalah kemurungan yang dihadapi dengan kaedah perubatan Islam.

“Suspek kemudian dipercayai membawa mangsa makan di kedai makan di Batu 3, Shah Alam dan kemudian membawa mangsa ke rumahnya di Seksyen 7 dengan alasan untuk memberikan penerangan berhubung bagaimana hendak pulih daripada penyakit kemurungan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, ketika berada di rumah berkenaan, mangsa didakwa dirogol dan tidak berdaya untuk melawan, di samping tidak tahu cara keluar dari tempat terbabit.

Katanya, suspek kemudian memberi amaran kepada mangsa untuk merahsiakan perkara itu serta memaklumkan mangsa akan dipantau daripada jauh.

“Keesokan harinya, suspek bertindak menghantar mangsa ke lobi dan mangsa menaiki kenderaan aplikasi e-hailing untuk pulang ke rumah sewanya di Subang Jaya.

“Mangsa mendakwa dia mengalami tekanan perasaan yang teruk kemudian dimasukkan ke Hospital Kajang serta dirujuk ke rawatan psikiatri dan perlu rawatan susulan pada 23 September tahun lalu,” katanya.

Baharudin berkata, pada Oktober tahun lalu, mangsa pulang ke rumah keluarganya di Triang, Pahang dan mendapat rawatan semula di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh dan ditahan selama lima hari di wad psikiatri.

Katanya, pihak hospital juga memaklumkan mangsa mengalami tekanan perasaan yang teruk serta trauma akibat dari kejadian dan masih menerima rawatan susulan.

“Suspek akan direman hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sumber : Harian Metro

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*