Demi Adik, Abang Nekad Rempuh Kereta Untuk Tahan Pencuri Kereta Adik

Seorang lelaki nekad memandu melawan arus dan merempuh kereta milik adiknya yang dicuri Ogos lalu selepas terserempak dengan kenderaan itu di Jalan Ampang, di sini, Ahad lalu.

Lelaki terbabit sempat menghubungi polis sebelum nekad berbuat demikian dalam kejadian 12.56 tengah hari itu.

Difahamkan, kereta Perodua Myvi milik adik kepada lelaki itu dicuri di Sikamat, Negeri Sembilan sebulan yang lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohd Fahmi Visunathan Abdullah berkata, ketika kejadian, lelaki terbabit menghubungi talian 999 sebelum disambungkan ke Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Menurutnya, Pusat Kawalan Daerah IPD Dang Wangi kemudian mengarahkan anggota unit peronda polis (MPV) menghala ke lokasi bagi menahan suspek.

“Pengadu juga bertindak mengejar dan memandu secara melawan arus sebelum melanggar kereta suspek di Jalan Ampang.

“Suspek berjaya ditahan oleh orang awam dan kemudiannya diserahkan kepada anggota MPV untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, malam ini.

Mohd Fahmi berkata, hasil siasatan, kereta terbabit disahkan kenderaan yang dilaporkan hilang di Sikamat Ogos lalu.

“Suspek yang ditahan juga adalah Orang Yang Dikehendaki oleh IPD Seremban bersabit kes curi mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

“Suspek akan diserahkan kepada pihak polis di IPD Seremban, Negeri Sembilan untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Sumber : Harian Metro

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*