Demi Gambar Kahwin ‘PKP’, Pengantin Dan 17 Rakan Dikompaun Ketika Leka Melanggar SOP.

Asyik merakam gambar kenangan secara berkumpulan berhampiran sebatang sungai, seramai 19 individu termasuk pasangan pengantin ditahan polis dan dikenakan kompaun, Rabu lalu.

Dalam kejadian 6.30 petang itu, pengantin lelaki berusia 28 tahun dan pasangannya 24 tahun, berserta 17 rakan mereka yang berpakaian sedondon ditahan polis ketika merakam gambar secara berkumpulan.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, dalam kejadian itu. seramai 19 individu berusia di antara 18 dan 27 tahun ditahan.

“Mereka memakai baju sedondon dan didapati berkumpul dan bergambar di hujung sebatang sungai berhampiran rumah kongsi perusahaan ikan bilis di Taman Nilam.

“Semua individu terbabit terdiri dua lelaki dan 17 wanita adalah penduduk tempatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Shariman berkata, hasil siasatan mendapati kesemua individu terbabit kebanyakannya beralamat di Taman Nilam dan mereka dikenakan kompaun RM1,000 setiap seorang.

Katanya, mereka yang berusia antara 17 hingga 28 tahun itu dibawa ke Balai Polis Kuah untuk proses dokumentasi dan masing-masing dikompaun RM1,000 setiap seorang sebelum dibebaskan.

Terdahulu, tular satu video menerusi aplikasi WhatsApp yang berdurasi 23 saat memaparkan rangkuman aktiviti sekumpulan individu termasuk pasangan pengantin berpakaian sedondon ditahan polis.

Pada 28 Januari lalu, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) dalam satu kenyataan memaklumkan perkhidmatan nikah, cerai serta rujuk dibenarkan seperti biasa mengikut SOP ditetapkan mulai Isnin (1 Februari) manakala majlis akad nikah hanya dilaksanakan di Pejabat Agama Islam Daerah.

Sumber : HMetro & BHarian

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*