Dibayar Hingga RM40,000! Ada Segelintir Artis Dan Instafamous Yang Menjadi Pelacur Kelas Atasan Demi Duit Segera.

Gambar Hiasan

Ada segelintir artis dan Instamous dipercayai terlibat dalam sindiket pelacuran kelas atasan berikutan penampilan mewah luar biasa mereka dalam sekelip mata.

Menurut sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), golongan artis dan Instafamous ini dibayar antara RM20,000 hingga RM40,000 untuk satu malam sebagai pelampias nafsu orang kenamaan.

Kegiatan tersebut dipercayai telah lama berlaku dalam industri hiburan dan mereka yang terlibat sanggup menggadai maruah demi ‘duit segera’. Malah, salah seorang suspek daripada sindiket Macau Scam baru-baru ini menjadi orang tengah.

“Isu skandal seks ini muncul rentetan daripada timbulnya kes Macau Scam yang mengejutkan negara baru-baru ini yang mana ia turut melibatkan golongan artis tanah air.

“Dipercayai, salah seorang suspek daripada kes Macau Scam itu adalah antara orang tengah yang menjadi ‘penghubung’ kelompok selebriti dan instafamous yang didekati dan kemudiannya menawarkan harga tertentu untuk kegiatan pelacuran kelas atasan itu.

Dalam pada itu, kata sumber lagi mereka mempunyai nama beberapa artis dan instafamous popular tanah air namun senarai tersebut tidak boleh didedahkan kepada umum.

“Orang tengah yang terlibat berkemungkinan tidak mela­kukannya demi wang. Tetapi lebih cenderung untuk meraih reputasi dan pengaruh dalam gelanggang mereka.

“Bagaimanapun, tidak dapat disangkal dakwaan hasil bayaran aktiviti ‘menjual’ artis dan instafamous ini mungkin adalah antara sumber pendapatan yang menyumbang kepada gaya hidup mewah suspek.

“Kita tidak menyebut siapakah individu-individu terbabit, tetapi siapa yang makan cili, dia akan terasa pedasnya,” katanya.

Sementara itu, pihak SPRM kini sedang memantau media sosial artis-artis dan instafamous yang mempamerkan kemewahan hidup berlebih-lebihan sedangkan pendapatan sebenar melalui hasil lakonan, nyanyian dan perniagaan tidak seberapa.

Sumber : Rotikaya & Utusan Malaysia

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*