Dikompaun Kerana Keluar Pergi Ke Rumah Nenek! Ini Sebabnya

Dikompaun kerana ingkar arahan kuarantin, seorang gadis berusia 17 tahun dilaporkan keluar ke rumah neneknya di Kampung Lumat, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Azmir Abd Razak berkata, pihaknya yang menerima maklumat mengenai kejadian itu jam 10.44 pagi kemudian bertindak mengesan suspek di rumahnya.

Katanya, hasil siasatan mendapati, gadis terbabit masih dalam tempoh kuarantin di rumahnya di Lumat Saujana, selama 14 hari dengan memakai gelang kuarantin.

“Dia dikesan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan keluar dari rumah untuk ke rumah neneknya atas urusan peribadi,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Azmir berkata, dia didapati melakukan kesalahan mengikut Peraturan 11(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Jangkitan Tempatan) 2020.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya memaklumkan kepada polis sekiranya ada individu yang memakai gelang kuarantin di rumah berada di tempat awam.

Sumber : Harian Metro

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*