“Dorang pun 1nfluencer gak ” Hafiz Buka Mulut Dedah Di IG. Kini Polis Sedang Siasat Kumpulan Youtuber.

Kini viral di Twitter tentang kumpulan Youtuber terkenal telah membelasah seorang individu yang cuba meleraikan pergaduhan. Antara nama yang dikaitkan dengan pergaduhan ini adalah isarb Hafiz.

Bagaimanapun, Hafiz telah kongsikan satu gambar screenshot di Instagram miliknya yang menceritakan apa yang berlaku sebenarnya.

Berdasarkan perkongsian @boy_dawson, menunjukkan screenshot perbualan yang menyatakan Hafiz telah dibelasah dahulu beramai-ramai yang juga merupakan kumpulan influencer.

Kumpulan influencer ini juga telah mengajak Hafiz untuk bermain futsal dan Hafiz telah dibelasah ketika bermain. Hafiz yang teruk dibelasah kemudian mengadu kepada kumpulan lain yang datang untuk membalas dendam.

Apapun perkara ini boleh diselesaikan secara baik dan bukannya dengan cara bergaduh. Buat masa sekarang biarlah pihak polis melakukan siasatan yang kini telahpun berjaya menahan beberapa individu terlibat.

Pihak Polis Sedang Siasat

Hari ini pihak polis telah memberikan maklumbalas terhadap laporan berlaku pergaduhan di gelanggang futsal yang viral semalam.

Ketua Polis Derah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman memaklumkan pihaknya kini sedang mengesan individu yang terlibat dalam pergaduhan itu termasuklah kumpulan Youtuber terkenal yang didakwa memukul mangsa.

Siasatan awal pihak polis mendapati pergaduhan bermula selepas seorang lelaki berusia 19 tahun melakukan terjahan keras ke atas pemain lawan berusia 22 tahun. Pada waktu inilah mangsa datang dan cuba meleraikan pergaduhan.

Seorang lelaki berusia 29 tahun yang cuba meleraikan pergaduhan itu telah dipukul oleh kira-kira 10 orang, mengakibatkan dia cedera di kening, muka dan calar di bahagian badan. Siasatan mendapati tiada senjata digunakan dalam insiden itu. – Katanya.

Dalam pada itu, pihak polis turut akan mengenakan kompaun ke atas mana-mana individu yang didapati melanggar SOP PKPB.

Sumber : Sinar Harian Dan Isarb Hafiz Via Ohmedia

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*