Dr Noor Hisham Mohon Rakyat Tolong Duduk Rumah Untuk Dua Minggu Ini Untuk Putuskan Rantaian

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan, meminta rakyat terus berada di rumah jika tidak ada urusan penting di luar dalam tempoh dua minggu ini bagi memutuskan rantaian COVID-19 dengan lebih berkesan.

“Kalau kita tiada urusan penting di luar, kalau boleh duduk di rumah untuk tempoh dua minggu, kalau kita boleh duduk di rumah untuk tempoh dua minggu kita boleh memutuskan penularan COVID-19.

“Kalau kita terpaksa keluar daripada rumah pastikan patuh kepada prosedur operasi standard (SOP), pakai pelitup muka, amalkan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter dan kerap mencuci tangan,” katanya.

Mesej itu dinyatakan oleh beliau setiap kali sidang media harian kementerian dan dalam bentuk video dalam media sosial bagi mengingatkan rakyat supaya patuh kepada SOP dan bersama-sama melandaikan lengkuk jangkitan dalam gelombang ketiga ini.

Beliau berkata orang ramai perlu mengamalkan 3C iaitu elakkan berada di tempat sesak dan sempit serta berbual dalam jarak dekat.

“Itulah vaksin yang kita ada, sekarang ini kita tidak ada vaksin, kita tiada ubat tetapi kita boleh elakkan dijangkiti kalau kita patuh pada SOP yang diketengahkan,” katanya.

Katanya semua pihak harus sama-sama menjaga diri, keluarga, masyarakat dan negara dan isu utama pada masa ini adalah ketidakpatuhan kepada SOP .

Sumber : Berita Harian

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*