Duit Tak Masuk Akaun, Ramai Instafamous Dan Orang Awam Dit1pu Dengan Skim ‘like and share’

Ketika ini tular satu platform yang menawarkan satu pulangan yang lumayan dengan hanya menekan tanda suka, ikut (follow) dan kongsi di media sosial. Sudah pastinya jaringan ini menarik perhatian sesiapa sahaja apatah lagi individu yang terkesan di kala pandemik ini.

Namun begitu, dalam keghairahan meraih sesuatu, individu perlu menyiasat terlebih dahulu latar belakang syarikat yang memperkenalkan jaringan tersebut.

Difahamkan, modus operandi yang dijalankan di Malaysia adalah sama seperti di Indonesia. Bagaimanapun, operasi di Indonesia telah ditutup menyebabkan ramai mangsa mengalami kerugian.

Tinjauan ke group Ishare Fans Malaysia mendapati jumlah keahlian di dalam group tersebut sudah mencecah 12,000 orang, dan LikeShare Malaysia 27,000.

Salam semua. Sekadar peringatan. Ini peringatan sahaja. Baca artikel ini  sampai habis, baru boleh faham sepenuhnya. Atau boleh rujuk di laman YouTube bagaimana kebanyakan rakyat Indonesia ditipu dengan skim collect cash like and subscribe ini.

Pada permulaannya, mangsa dibayar. Tetapi apabila semakin ramai yang melanggan pakej yang disediakan, tiba-tiba pihak berkenaan lesap. Yang teraniaya, level-level bawah. Sekarang tengah viral skim ponzi yang telah memperdaya puluhan ribu rakyat Malaysia yang dikenali dengan iSharefan, Likeshare dan ezjob99.

Mereka muncul sekitar bulan Oktober dan kekal aktif sehingga kini. Pakej yang ditawarkan dengan hanya melakukan tugasan Like and Share. Kalau korang beli pakej yang lebih mahal, pulangan yang tinggi akan diberikan. Mereka berlindung di bawah aplikasi yang dimuat turun secara manual dan boleh juga diakses melalui web.

Operasi ini telah bermula di Indonesia dan kini beralih ke Malaysia setelah Syarikat Sekuriti Indonesia menutup operasi mereka. Kini ramai yang sedang menjadi mangsa penipuan pelaburan ini di Malaysia.

Web itu bila-bila masa sahaja boleh ditutup. Baru saja upgrade, tiba-tiba web berkenaan ghaib sebab tidak sah mengikut undang-undang negara. Putih mata nanti macam mangsa-mangsa di negara jiran.

Bagi yang tak upgrade, tak perlu melantun. Collect selagi mampu. Kalau duit tidak boleh dikeluarkan nanti, tak ralat sangat kan? Cuma penat sahaja. Yang melantun upline yang mencari downline saja. Memanglah awal-awal dibayar, sama juga seperti Tok Belagak, Kopi Pak Belalang, Highway Group. Awal-awal semuanya dibayar, tetapi sekarang apa jadi? Ini sekadar peringatan sahaja.

Korang boleh menggunakan maklumat di dalam web tersebut untuk mengesan kedudukan mereka sebelum lebih ramai lagi yang menjadi mangsa.

Ramai orang Melayu kita ‘ditipu’ oleh skim ini dan mereka ada page Facebook yang mana majoritinya adalah orang Melayu kita yang sedang dipermainkan oleh skim ni. Keahlian dalam Facebook ini hanya 5,000 orang pada 11 Oktober lalu dan kini dah cecah hampir 55,000 dalam masa sebulan. Dan saya ulangi majoriti adalah Melayu yang tak sedar mereka sebenarnya sedang ditipu.

Saya harap dengan post saya ini dapat membuka mata pihak berkuasa atau sesiapa sahaja yang mempunyai kuasa untuk menyalurkan terus maklumat ini sebelum lebih ramai lagi mangsa ditipu dan sebelum syarikat ini menghilangkan diri.

Sumber : wow berita Via KLV

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*