Ebit Lew Kecewa Terpaksa Berhenti Memberi Bantuan Di Semporna, Atau Dipenjara 3 Tahun.

Sebelum ini, tular tentang Ustaz Ebit Lew yang berjaya memberi bantuan untuk penduduk beberapa pulau di Semporna, Sabah, dan berjaya mengislamkan Satu Kampung di Sabah, akan tetapi UEL membawa khabar yang menduka citakan apabila dia dikatakan terpaksa berhenti memberikan bantuan di sana.

“Saya terpaksa menangguhkan pembinaan sekolah kecil atau pusat kegunaan masyarakat setempat yang saya rancang. Bukan sekolah saya. Tiada caj. Lebih kepada tempat nak aktiviti dan pendidikan.”

Bahkan Ustaz Ebit berkongsi bahawa dia sudah mengumpulkan 7 orang tenaga pengajar yang bersemangat untuk mendidik penduduk di situ, namun apakan daya apabila keadaan tidak mengizinkan. Pun begitu, lelaki itu tidak berkecil hati dengan pengakhiran tersebut.

“Tadi ramai menangis sedih termasuk anggota yang patutnya bawa kami ke Pulau-pulau. Saya terharu sifat baik dan kasih sayang orang Sabah. Macam keluarga sendiri. Sayang semua seperti mereka sayang saya. Saya sayang semua. Saya maafkan semua. Saya tidak berkecil hati perjuangan di teruskan.”

Daripada entri itu juga, Ustaz Ebit Lew mengkhabarkan bahawa dia akan beransur ke Tawau pula bagi memberikan bantuan kepada yang memerlukan di sana.

Semoga urusan Ustaz Ebit dipermudahkan dalam urusannya untuk terus berdakwah dan memberi bantuan.

Kredit: Facebook via OhMedia

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*