Fail, Komputer, Musnah Akibat Bilik Siasatan Jenayah Narkotik Yang Terbakar.

Bilik siasatan jenayah narkotik di tingkat empat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut, di sini, terbakar, hari ini.

Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, Muhammad Tarmizi Md Jaafar, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 7.55 pagi tadi.

Susulan itu, beliau berkata, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak, BBP Lebuh Pantai dan BBP Paya Terubong bergegas ke lokasi kejadian.

“Setiba di lokasi, didapati berlaku kebakaran membabitkan bilik siasatan di tingkat empat.

“Kebakaran kira-kira 40 peratus itu memusnahkan fail, komputer, peralatan pejabat dan foto,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Anggota bomba mengambil masa selama 15 minit untuk mengawal kebakaran.

Kejadian dilapor tiada membabitkan mangsa, manakala punca kebakaran masih dalam siasatan.

Sumber : BHarian

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*