Hanya Kerana Menyimpan Video Lucah Rakan Perempuanya, Jurugambar Ini Disaman Rm2500 Oleh Makamah

Gambar Hiasan

Bukan perkara yang boleh dibuat main, perbuatan seorang lelaki menyimpan video lucah rakan perempuannya di dalam telefon bimbit, telah menyebabkan dia didenda sebanyak RM2,500 oleh Mahkamah Majistret hari ini.

Jurugambar sambilan yang berusia 23 tahun Itu dikatakan telah pun mengaku bersalah atas pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.

Menurut sumber, lelaki itu didakwa kerana memiliki satu video lucah di dalam telefon bimbit miliknya di sebuah rumah di Taman Sri Endah, Cheras di sini pukul 2 pagi pada 2 Oktober 2019.

Timbalan Pendakwa Raya Lim Chooi Yi, telah membuat pemohonan supaya lelaki itu mendapat hukuman yang setimpal, ini kerana tindakan tertuduh itu dikatakan telah mengaibkan mangsa yang merupakan seorang wanita Perancis.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Sumber : Oh Media

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*