Hebat Bukan, Vaksin Covid-19 Ditemukan Oleh Pasangan Saintis Beragama Islam!

Pasangan saintis beragama Islam dari Turki, Ugur Sahin dan Oezlem Tuereci merupakan indlvidu di sebaIik penghasilan vaksin COVlD-19 yang didakwa 90 peratus berkesan untuk menangani jangkitan virus itu.

Lap0r Muslim Mirror dan Daily Mail, Ugur, 55, bersama isterinya, Oezlem, 53, membentuk `pasukan impian’ yang memberikan harapan sebenar kepada dunia menerusi pembangunan vaksin itu.

Syarikat farmaseutikaI dari Amerika Syarikat (AS), Pfizer dan firma bioteknologi Jerman, BioNTech mendakwa vaksin COVlD-19 yang dibangunkan secara bersama itu terbukti 90 peratus berkesan dan akan disediakan dengan segera.

Ugur yang dilahirkan di Iskenderun, Turki dan dibesarkan di Jerman, berasal dari sebuah keluarga migran yang bekerja di kilang Ford.

Beliau yang dilatih sebagai d0ktor, menjadi profesor dan penyelidik dengan pengkhususan dalam bidang imun0terapi.

Oezlem pula adalah salah seorang ahli lembaga BioNtech, syarikat yang dimiliki oleh suaminya yang juga memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif.

Beliau merupakan anak perempuan kepada d0ktor warga Turki yang juga berhijrah ke Jerman.

Ugur bekerja di beberapa h0spital di Cologne dan di bandar barat daya Homburg, yang mana beliau bertemu dengan pakar imunoIogi, Oezlem semasa peringkat awal kerjaya akademiknya.

Pasangan tersebut kemudian berkahwin pada tahun 2002 dan mempunyai seorang anak perempuan.

Ugur dan Oezlem mengasaskan bersama syarikat BioNTech pada tahun 2008 dengan tujuan mencari alat imun0terapi kanser yang jauh lebih luas.

Menurut lap0ran itu, kedua-dua suami isteri itu suka merendah diri dan menjaIani kehidupan sederhana meskipun tergolong dalam senarai 100 orang paling kaya di Jerman.

Sumbangan mereka dalam pembangunan vaksin COVlD-19 dilihat sebagai peristiwa bersejarah di dunia malah memberi harapan kepada berjuta-juta rakyat yang menderlta akibat wbak itu.

Kredit: Utusan

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*