Hisap Rokok Atau Vape, Tujuh Kali Ganda Risiko Covid-19, kajian telah dibuat.

LOS ANGELES: Golongan muda termasuk remaja merokok dan dan menghisap vape berisiko antara lima hingga tujuh kali ganda lebih mudah dijangkiti Covid-19 berbanding individu yang tidak berbuat demikian.

Hasil kajian Universiti Standford di California, Amerika Syarikat, menghasilkan penemuan tersebut.

Dalam Jurnal Kesihatan yang diterbitkan pada Selasa, remaja itu melihat kesan penggunaan rokok dan kadar jangkitan virus dalam kalangan individu berusia antara 13 hingga 24 tahun.

Antara lain, ia menyatakan risiko jangkitan Covid-19 adalah tinggi terhadap individu merokok atau menghisap vape ketika ketika penularan virus berkenaan.

standford university

Golongan yang dilaporkan merokok dan menghisap vape dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini adalah golongan paling terdedah kepada risiko jangkitan virus tersebut.

Selain itu, kajian sama menunjukkan enam peratus daripada mereka disahkan positif Covid-19.

Dalam pada itu, kajian sama menunjukkan individu yang hanya menghisap vape, tetapi tidak merokok juga kumpulan kedua paling berisiko dijangkiti.

Ia memandangkan tabiat itu merosakkan paru-paru sekaligus menjadikan mereka lebih terdedah dengan risiko jangkitan.

“Senang cerita, jika anda merokok dan menghisap rokok elektronik, anda lebih mudah terdedah Covid-19,” kata pengarang kanan kertas kajian itu, Bonnie Halpern-Flesher.

Selain itu, anak muda yang merokok dan menghisap rokok elektronik dalam tempoh 30 hari lalu pula, lebih lima kali ganda berisiko menunjukkan gejala Covid-19.

Setakat semalam, 21 juta kes Covid-19 dilaporkan di seluruh dunia dengan lebih 757,000 kematian.

Amerika Syarikat kekal negara paling terjejas teruk akibat pandemik itu dengan 5.4 juta mangsa dan 170,000 kematian.

Sumber – Harian Metro

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*