Identiti Youtuber Yang Direman C4bul Pelakon Terbongkar.

Seorang Youtuber direman dua hari bagi membantu siasatan kes dakwaan mencabul seorang gadis berusia 24 tahun di sebuah inap desa, Ogos lalu.

Majistret, Kamarul Hasyime Rosli mengeluarkan perintah reman tersebut bermula hari ini terhadap suspek yang berusia 22 tahun, bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, media tempatan melaporkan seorang Youtuber terkenal tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu bagi membantu siasatan berhubung dakwaan mencabul.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, suspek menyerah diri pada jam 10.30 pagi semalam.

Pada Jumaat lalu, seorang wanita berusia 24 tahun membuat laporan polis selepas mendakwa dicabul oleh suspek dan kejadian itu berlaku di sebuah inap desa di Kubang Kerian di sini didakwa selepas tamat penggambaran drama melibatkan Youtuber berkenaan pada 1 Ogos lalu.

Siasatan awal mendapati, mangsa dihubungi oleh rakannya yang menawarkannya untuk berlakon sebuah drama di Youtube.
Mangsa diperkenalkan kepada suspek dan kemudian ditawarkan berlakon dalam drama berkenaan.
Selepas selesai penggambaran itu, mangsa diajak oleh suspek untuk tidur di sebuah inap desa dengan alasan masih terdapat sesi penggambaran pada keesokan hari.

Semasa mangsa berseorangan dalam bilik iaitu tempat kejadian, suspek didakwa masuk ke dalam bilik lalu mencium, memeluk serta meraba mangsa selain didakwa melakukan onani.

Identiti Terdedah!

Menurut Perkongsian seorang youtuber lain, yang dikenali sebagai awie MBR. Menurutnya dari hasil kajiannya mendapati bahawa insan tersebut adalah Isarb Shah.

Layan dulu video beliau .

Sumber : Sinar & Youtube

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*