Individu Bergelar “Da’i” Ditahan Polis, Konon Tawar khidmat Perubatan Islam, Sebaliknya Mer0gl Mangsa

Pendakwah selebriti ditahan polis malam tadi, bagi membantu siasatan kes dakwaan merogol seorang gadis, tahun lalu.

Suspek berusia 25 tahun itu ditahan kira-kira 11 malam selepas tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, suspek ditahan selepas mangsa membuat laporan polis mengenai kejadian berkenaan jam 7.18 malam tadi.

“Berdasarkan laporan mangsa yang berusia berusia 23 tahun, dia dipercayai keluar dengan suspek yang dikenali menerusi Instagram kira-kira 8 malam, 11 September tahun lalu.

“Mangsa dikatakan menaiki kereta BMW untuk membuat perbincangan berkenaan masalah kemurungan yang dihadapi dengan kaedah perubatan Islam.

“Suspek kemudian dipercayai membawa mangsa makan di kedai makan di Batu 3, Shah Alam dan kemudian membawa mangsa ke rumahnya di Seksyen 7 dengan alasan untuk memberikan penerangan berhubung bagaimana hendak pulih daripada penyakit kemurungan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, ketika berada di rumah berkenaan, mangsa didakwa dirogol dan tidak berdaya untuk melawan, di samping tidak tahu cara keluar dari tempat terbabit.

Katanya, suspek kemudian memberi amaran kepada mangsa untuk merahsiakan perkara itu serta memaklumkan mangsa akan dipantau daripada jauh.

“Keesokan harinya, suspek bertindak menghantar mangsa ke lobi dan mangsa menaiki kenderaan aplikasi e-hailing untuk pulang ke rumah sewanya di Subang Jaya.

“Mangsa mendakwa dia mengalami tekanan perasaan yang teruk kemudian dimasukkan ke Hospital Kajang serta dirujuk ke rawatan psikiatri dan perlu rawatan susulan pada 23 September tahun lalu,” katanya.

Baharudin berkata, pada Oktober tahun lalu, mangsa pulang ke rumah keluarganya di Triang, Pahang dan mendapat rawatan semula di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh dan ditahan selama lima hari di wad psikiatri.

Katanya, pihak hospital juga memaklumkan mangsa mengalami tekanan perasaan yang teruk serta trauma akibat dari kejadian dan masih menerima rawatan susulan.

“Suspek akan direman hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya.

Da’i Syed mula dedah perkara ini

Sebelum ini PENDAKWAH muda Da’i Syed menegaskan kem3lut antara dia dan bapanya iaitu Syed Mohammad Shaiful Syed Jamalullail terlalu perib4di untuk dikongsikan kepada umum.

Biarpun tidak berkongsi secara terperinci, Syed, 25, mengakui mereka tidak mempunyai hubungan b4ik selepas dia memilih untuk menyertai program Da’i pada 2016.

Syed berkata, bapanya itu telah berpindah ke Cairo, Mesir selepas berpis4h dengan ibunya pada 2017.

“Saya percaya bahawa keadaan sebenar hubungan antara ayahanda dan saya adalah perkara peribadi yang perlu disimpan sendiri.

Da’i Syed muat naik kenyataan rasmi di Instagram.

“Cukuplah sekadar saya menyatakan bahawa ayahanda telah lama meningg4lkan ibu sejak tahun 2017, lantas berpindah ke Cairo, Mesir.

“Hubungan antara kami berdua keruh seawal tahun 2016 apabila beliau tidak bersetuju dengan pilihan kerjaya hidup saya untuk menyertai program Da’i yang ditayangkan di televisyen.

“Namun atas hormat seorang anakanda kepada ayahandanya, saya terima nasihat yang diberikan itu dengan hati terbuka,” kata Syed.

Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful Syed Jamalullail mendedahkan perkara itu dengan memuat naik kenyataan rasmi di Instagram pada Rabu.

Cukuplah sekadar saya menyatakan bahawa ayahanda telah lama meningg4lkan ibu sejak tahun 2017.

Sebelum ini, bapa kepada pendakwah muda itu menerusi laman Facebook mengakui sudah lama mendengar berita bu-ruk yang membabitkan anaknya.

Malah Syed Mohammad Shaiful turut mendedahkan anaknya mengabaikan segala mesej yang dihantarnya sejak dua tahun lalu.

Berikutan dakwaan yang tular, Syed Mohammad Shaiful menasihati agar pihak yang mendakwa menjadi mngsa segera melaporkan kepada pihak berkuasa.

Dalam pada itu, Syed yang juga penyanyi memberitahu dia bakal memfailkan s4man fitn4h terhadap individu yang menyebarkan dakwaan tersebut di laman Twitter.

Da’i Syed dedah bapanya sudah meningg4lkan ibunya sejak 2017.

“Saya dengan ini menutut supaya pengguna akaun Twitter yang berkenaan untuk memad4m segala kenyataan yang bersifat fitn4h, ditokok tambah, disebarkan dan ditujukan kepada saya sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan kadar segera.

“Permohonan maaf secara bertulis kepada saya juga perlu dilakukan bagi memperbetulkan keadaan. Permohanan maaf ini kemudiannya perlu disebarkan dengan cara sama fitn4h ke atas saya disebarkan.

“Sebarang kedegilan oleh mana-mana pengguna akaun Twitter yang berkenaan, akan saya terima sebagai pelawaan bagi saya memulakan tindakan s4man fitn4h di mahkamah terhadap mereka,” ujarnya.

Pada Selasa, Da’i Syed tampil membuat laporan polis bagi menafikan dakwaan dia terbabit dalam kes rog0l seperti yang ditularkan di Twitter.

Sumber : HMetro & Trending Sangat

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*