Ini Alasan Ismail Sabri Tidak Kuarantin 14 Hari Selepas Pulang Dari Sabah.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akui telah menjalani saringan Covid-19 selepas pulang berkempen untuk Pilihan Raya Negeri Sabah semalam.

Menurut Ismail Sabri dia hanya akan menjalani kuarantin di rumah sehingga keputusan saringan tersebut diterima.

Jika negatif beliau akan memotong gelang kuarantin dan menjalani kehidupan seperti biasa.

“Saya sudah menjalani swab test (Covid-19) setibanya dari Sabah.

“Perlu kuarantin di rumah sehingga dapat keputusan. Dengan izin Allah selepas terima keputusan negatif nanti perlu ke klinik kesihatan untuk potong gelang kuarantin,” katanya.

Ismail berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram (IG) miliknya.

Menerusi entri tersebut dia memuat naik foonya bersama gelang putih.

Pun begitu, Ismail menjawab persoalan ramai mengapa beliau tidak menjalani kuarantin selama 14 hari.

“Ramai yang tanya kenapa tidak 14 hari (kuarantin)?

“Rentas negeri kita benarkan. Sabah sama lah dengan negeri lain. Sebagai contoh Kedah yang terdapat kes mendadak tetapi kita tidak kuarantin pun mereka yang datang dari kedah.

“Namun kita buat ujiab swab untuk mereka yang balik dari Sabah kerana peningkatan kes. Ujian swab untuk kepastian status.

“Jika negatif terus lah dibebaskan dari kuarantin. After all seluruh sabah tidak red zone kecuali 4 daerah,” jelasnya.

Pun begitu, menurut Ismail meskipun sudah bebas dari kuarantin prosedur operasi standard (SOP) juga perlu dipatuhi seperti biasa.

“Walaupun dah bebas kerana negatif namun mesti teruskan kawalan kendiri serta patuhi setiap SOP.

“Sekiranya ada gejala segeralah ke klinik atau hospital untuk membuat swab test.

“Namun jika ada close contact dengan yang positif Covid-19 dan walaupun keputusan negatif. Kuarantin wajib selama 14 hari akan dikenakan,” jelasnya lagi.

Sabah merupakan negeri yang mencatat pertambahan kes yang mendadak sejak minggu lalu.

Kenyataan Penuh

Swab test setiba nya dari Sabah. Perlu kuarantin di rumah sehingga dpt result. Dgn izin Allah selepas result negatif perlu ke klinik kesihatan utk potong gelang kuarantin.
Ramai yg tanya why not 14 days.? Rentas negeri kita benarkan.

Sabah sama lah dgn negeri lain..eg kedah..terdapat kes mendadak kita tdk kuarantin pun mrk yg dtg dari kedah. Namun kita buat swab test mrk yg balik dari Sabah krn peningkatan kes..swab test utk kepastian status..so jika negatif terus lah dibebaskan dari kuarantin..after all seluruh sabah tdk red zone kecuali 4 daerah.

Walaupun dh bebas krn negative namun mesti teruskan kawalan kendiri..patuhi setiap SOP. Sekiranya ada gejala segeralah ke klinik or hospital utk membuat swab test. Namun jika ada close contact dgn yg positive covid 19..walaupun result negative…kuarantin wajib selama 14 hari akan dikenakan

Sumber : Gempak & Kuala Lumpur Viral

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*