Ini Dia Senarai 10 Jalan Yang Ditutup Dan 5 SJR Di Klang, Selangor

Polis menutup jalan di 10 lokasi dan melaksana lima sekatan jalan raya (SJR) di Mukim Klang susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berkuat kuasa hari ini sehingga 23 Oktober.

Ia membabitkan Klang Selatan dan Klang Utara itu dengan pelaksanaan bermula tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, tiga SJR dan tujuh penutupan jalan di kawasan Bukit Tinggi dan Taman Sri Andalas, antaranya, Persiaran Pegaga (berhadapan Restoran Subaidah) dan Jalan Kim Chuan (berhadapan 99 Speedmart), Jalan Batu Unjur 9 dan Jalan Tun Dr Ismail.

“Jalan yang ditutup di hadapan Masjid Ar Rahimiah, Jalan Sri Siantan, Jalan Sri Siantan 41 dan Jalan Sri Damak 53,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau meminta penduduk di kawasan terbabit untuk mendapatkan surat kebenaran polis untuk keluar masuk ke kawasan Bukit Tinggi.

“Tiada keperluan untuk mendapatkan surat kebenaran atau permit khas untuk pergerakan di kawasan lain setakat ini,” katanya yang memberitahu orang ramai boleh menghubungi Bilik Gerakan Op Covid-19 di talian 03-33762400.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh berkata, dua SJR di Kampung Kuantan iaitu Jalan Bukit Kuda (Depan Emy Cookies & Food) dan Jalan Bukit Kuda (Simpang Lorong Lintang Raksa 2).

Katanya, jalan yang ditutup pula adalah Lorong Perak, Jalan Raksa 3 – Depan Jihas Bakery dan Jalan Raksa 4.

“Orang ramai yang ingin keluar dan masuk ke Lorong Lintang Raksa 2, Jalan Raksa 3 dan Pangsapuri Bukit Kuda perlu mendapatkan surat kebenaran daripada balai polis bergerak dan khemah polis,” katanya.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Bilik Gerakan Op Covid-19 Klang Utara di talian 03-32913344.

Sumber : Harian Metro

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*