Inilah Dia Kisah Tentang Fawwaz Seorang Kanak – Kanak Yang Dihempap Peti Ais

Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun parah akibat dihempap sebuah peti sejuk di rumahnya di Taman Cempaka, Nilai.

Kejadian kira-kira jam 11 malam itu menyebabkan mangsa, Muhammad Fawwaz Adli Mohd Bukhari cedera pada bahagian kepala.

Bapa mangsa, Mohd Bukhari Zainal Annuar berkata, dia tidak pasti bagaimana kejadian sebenar berlaku.

“Jam 11 malam saya sedar peti sejuk di rumah dah tumbang dan tengok anak saya (Muhammad Fawwaz) di situ.

“Saya tak dapat nak cakap lagi kerana masih terkejut dan sedih. Lagipun ramai ahli keluarga di sini. Saya pun masih tunggu maklumat doktor berkenaan keadaan anak,” katanya.

Terdahulu, Mohd Bukhari yang juga Ahli Jawatankuasa Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Negeri Sembilan menerusi catatan di laman Facebook miliknya memohon orang ramai mendoakan kesembuhan anak sulungnya itu.

Katanya, doktor memaklumkan berlaku pendarahan pada bahagian kepala anaknya yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar berkata, sehingga jam 3. 30 petang tadi, pihaknya masih belum menerima laporan daripada bapa mangsa mengenai kejadian berlaku.

Fawwaz Telah Menghembuskan Nafas Terakhir.

Selepas kira-kira 14 bulan menderita kesakitan akibat cedera parah dihempap peti ais, Muhammad Fawwaz Adli, 6, akhirnya meninggal dunia di sisi keluarganya, petang semalam.

Kanak-kanak itu menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 4.30 petang di sebuah hotel di Melaka, ketika sedang menjalani rawatan saraf.

“Dia pergi dalam keadaan tenang dan kami semua berada di sisinya ketika dia menghembuskan nafas terakhir,” kata bapa kanak-kanak terbabit, Mohd Bukhari Zainal Annuar.

Mohd Bukhari berkata, anak sulung daripada tiga beradik itu tidak menunjukkan sebarang tanda bahawa dia akan meninggal dunia kerana sepanjang mendapatkan rawatan saraf itu, arwah kelihatan tenang.

“Dia tidak menunjukkan sebarang tanda seperti sesak nafas atau sebagainya, malah pada saat-saat akhir itu matanya masih terbuka dan tersenyum.

“Kami tidak menyangka akhirnya dia pergi jua. Allah SWT lebih sayangkannya dan dia meninggal dunia di samping saya dan isteri serta adik-adiknya,” ketika ditemui sebaik selesai upacara pengebumian Muhammad Fawwaz Adli, di Tanah Perkuburan Islam Senawang, di sini, hari ini.

Muhammad Fawwaz Adli menderita pelbagai masalah kesihatan selepas cedera parah dihempap peti ais di rumah keluarganya dekat Taman Cempaka, Nilai pada 12 Julai tahun lalu.

Tragedi yang menimpa Muhammad Fawwaz Adli mendapat perhatian masyarakat di negara ini selepas kanak-kanak itu diberikan rawatan bertukar ganti di Hospital Tuanku Ja`afar (HTJ) Seremban dan Hospital Besar Kuala Lumpur.

Malah kedua ibu dan bapanya tidak pernah berhenti berusaha mendapatkan pelbagai jenis rawatan dengan harapan kanak-kanak itu pulih.

Yang turut hadir pada hari pengebumian Muhammad Fawwaz adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ampangan yang juga Ahli Exco Negeri Sembilan, Datuk Dr Mohamad Rafie Malek dan kira-kira 50 kalangan ahli keluarga serta sahabat.

Mohd Bukhari yang tinggal di rumah mentuanya dekat Ampangan di sini, berkata, dia membawa Muhammad Fawwaz ke Melaka sebagai ikhtiar untuk mendapatkan rawatan agar dia sembuh selepas lebih 14 bulan terlantar sakit akibat dihempap peti sejuk.

“Rawatan saraf di Melaka semalam itu adalah kali keempat dibuat yang mengambil masa 45 minit bagi setiap rawatan, namun Allah lebih sayangkannya,” katanya.

Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang mengikuti perkembangan anaknya itu, selain memberikan sumbangan sama ada dalam bentuk kewangan dan kaedah rawatan selama ini.

“Saya ucapkan jutaan terima kasih di atas keprihatinan rakyat Malaysia dan mereka yang mendoakan Muhammad Fawwaz, hanya pada Allah saya serahkan untuk membalas jasa mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Bukhari kesal dengan segelintir individu yang cuba mengambil kesempatan terhadap anaknya itu dengan melakukan cubaan untuk mendapatkan sumbangan kewangan menerusi lawan sosial.

Menurutnya, perkara itu dikesan sejak awal tahun ini dan pihaknya sudah membuat aduan kepada pihak berkuasa.

“Individu itu terus dilihat bertindak tidak berperikemanusiaan apabila mengambil kesempatan untuk mendapatkan sumbangan kewangan bagi kepentingan dirinya dengan menggunakan nama Muhammad Fawwaz.

“Saya rasa kesal dan sedih kerana dia masih melakukannya sehingga ke hari ini,” katanya.

Sumber : Berita Harian

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*