Jangan Terlalu Sibuk Merebut Kuasa Dan Berpolitik, Jangan Sampai Pentadbiran Negara Terjejas, Akhirnya Rakyat Juga Yang Merana.

Rakyat Semua berharap sangat agar semua pemimpin politik akur dengan nasihat Yang di-Pertuan Agong supaya apa juga perbezaan yang ada, diselesaikan melalui perundingan dan perundangan, jangan sampai pentadbiran negara terjejas.

Apa tidaknya, perang kita dengan COVID-19 masih belum berakhir, malah kes jangkitan baharu yang direkodkan semalam adalah yang tertinggi sejak virus berbahaya itu mula menular pada Mac lalu.

Janganlah terlalu berpolitik, kemaruk kuasa sampai kalah jadi abu, menang jadi arang, tetapi akhirnya rakyat juga yang merana.

Sebelum Ini , Agong Titah Untuk Selesaikan Melalui Rundingan

Jumaat : Ahli-ahli politik seharusnya tidak mengakhiri perbezaan pendapat dengan permusuhan, sebaliknya menyelesaikan masalah melalui rundingan dan proses perundangan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Demikian titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam satu kenyataan dikeluarkan Istana Negara hari ini, sebagai mengulas situasi terkini politik tanah air.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Seri Paduka turut mengulangi titah nasihat kepada Ahli-Ahli Parlimen pada Istiadat Perasmian Pembukaan Penggal Parlimen Ke-14, untuk mempamerkan kematangan dalam berpolitik, selain memahami dan tidak mengabaikan kesejahteraan rakyat.

“Seri Paduka baginda menasihati rakyat, khususnya ahli-ahli politik untuk bersama bermuhasabah agar negara ini tidak sekali lagi diheret ke kancah politik yang tidak menentu ketika kita semua masih berhadapan pelbagai masalah dan masa depan sukar akibat ancaman wabak COVID-19,” katanya.

Setakat semalam, negara melaporkan 589 lagi kes jangkitan harian baharu dengan tiga kematian direkodkan.

Peningkatan kes dan pertambahan kluster menyebabkan seluruh Sabah, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya menguatkuasakan semula Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Serentak itu, Al-Sultan Abdullah menasihati seluruh rakyat untuk terus memainkan peranan masing-masing dan berdisiplin mematuhi prosedur operasi standard (SOP) serta tatacara amalan kebiasaan baharu demi membantu pihak berkuasa memerangi penularan COVID-19.

Pada masa sama, Seri Paduka turut menitahkan semua masjid seluruh negara mengadakan solat hajat dan doa selamat memohon supaya penularan wabak dapat dibanteras dengan segera.

Sumber : Bharian Dan Ismaweb

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*